Monday, June 29, 2009

_sukanya dia_

Kalau melihat gelagat budak berdua ni. pasti saya tertawa. Tak percaya?..tengoklah..lawak kan? hahahahaha..kadang-kadang saya terfikir..musti si abang ketawa sambil berkata didalam hati..."Hahahahahahaha...puas hati aku!"...hahahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Itu semasa dia kecil. sekarang mereka sudah berumur almost 4 years utk abang and almost 3 yrs for adik. Si adik sangat feminin, memilih baju dan aksesori sendiri. Keduanya harus sepadan while abang, if i were around, dia akan pilih baju yang sama dengan saya. Jika tidak, memadai dengan baju ultraman sepanjang masa. Hahahahaahahah…that's when arissa tak ada lagi la. Sekarang sudah berubah, dia sudah tidak mahu dekat-dekat dengan saya. kurang bercakap atau bertanya itu dan ini. Tidak seperti selalu-selalu.
“Haaaaa abang, Pak Long dah ada Adik Arissa. Pak Long dah tak sayang Abang lagi dah..!!!”
…haaaaa…ni dialog si bapak dgn si anak. Rasa mau kucili-cili mulut adik aku seorang tu…haihhhhh

To both of you. no matter wat, you are still my precious. Pak long and Mak long sayang sama kamu. Begitu juga Arissa...:)
p.s:
Danish..i know u gonna see ur pics here..dont tell your dad.."baba..kenapa muka abang ada dalam tee bee?" ..that is funny la...really funny...:p


Wednesday, June 24, 2009

_time flies_

Alhamdulillah. Arissa sudah masuk 3 bulan. ermmm..setakat ini, tiada masalah menjaga anak dara sorang ni. Harap berkekalan macam tu la. Cuma kadang-kadang tu melalak sebelum dia hendak beradu. Pernah sekali si kekasih turut menangis kerana tidak tahu apa mahunya. Saya? Saya macam selalu. Tidak tau hendak buat apa selain mengurut kaki, perut dan belakang Arissa takut masuk angin disamping sedikit bacaan yang perlu dibaca dipusat si kecil ni. Haihhh...
Kebetulan minggu yang sudah ada makcik dan pakcik saya datang ke rumah bersama-sama anak-anaknya. Rumah kembali bingit. Bagusla, sekurang-kurang tidak la terlalu sunyi. huhuhu. Habis aktiviti anak dara saya seorang ini diceritakan kepada mereka oleh sang kekasih. Tiba-tiba..."Haaaaa...tang kuat melalak tu makcik jamin menurun dari bapak dia..memang takde lain dah..sebab makcik jaga dia dari kecil..dia memang suka melalak!" kata dia...maka pecahlah segala tembelang aku selama ni sambil disulami hilai ketawa derang. Alahaiiiiii...


Sunday, June 21, 2009

_selamat hari bapa_

Untuk Encik Mohd Fauzi Bin Nor
“Selamat Hari Bapa”
Terima kasih atas segala-galanya. Tiada kata-kata yang dapat kami gambarkan untuk jasa kamu keatas kami selama ini. And you know how much we love you. Hanya Tuhan yang tahu….
Dari kami:
Khairul Ridhuan, Shahril, Mahathir dan Zainal Abidin

untuk rakan blogger..selamat hari bapa juga. appreciate what u have. sementara mereka masih ada...:)

Tengok gambo ni. Mcm YB pon ada kan? YB melawat tapak..hehehe..amponnn pakkkk!!!!

p.s:

Message ini saya terima awal pagi ini...

"Selamat Hari Bapa Daddy! untuk pertama kalinya..:). Semoga menjadi daddy yang terbaik, Sporting, Bertanggungjawab, Terhensem (jangan perasaan lebih-lebih ok!), Penyayang...dari Mummy & Permata hatimu, Arissa"

isn't it sweet?...:p

Thursday, June 18, 2009

_pissed off_

“Kindly park at your own compartment. Your cooperation is highly appreciated”
Haaa..tu ayat aku masa aku letak kat cermin si kereta kancil ni. Bagus la sikit dari dok meracau-racau cam orang sakit otak. Tu kali kedua aku “sound” tuan punya kereta. Pertama masa aku mula-mula memunggah barang ke rumah aku. Sesenang hati pergi parking kat depan rumah. Aku sudah perasan dia parker disitu bila aku tiada dirumah. Jadi aku dengan selamba menekan loceng rumah si pemandu kancil.

“PLEASE MOVE YOUR CAR!”
Sebenarnya, ada lagi ayat-ayat kat belakang dia. Tapi tu la sebaris ayat yang aku rasa kasar sedikit yang keluar dari mulut aku. Tapi nasib baik la aku tak cakap..”please move your a*s” kan. Kalau tak, mau gaduh besar. Hahaha. Dan dia, dengan muka menonong. No sorry, no anything. So aku buat kesimpulan disitu jugak. Ko ni memang jenis tak tau nak beradab. Bikin aku aku hangin satu badan. Jadi lepas ni tak payahla buat muka senyum-senyum kat ko. Buang masa. Buat penat otot muka aje senyum. Cettttttt.

Mungkin jiran-jiran aku akan kata..berlagak nye mamat ni. Baru masuk dah tunjuk lagak. Owhhh..kalau itu macam, pakcik tak kisah. Pakcik tak kacau sesiapa, itu premis pakcik. Lagi pon. Ada orang ganggu laluan pakcik dan di premis pakcik sendiri. Jadi pakcik punya hak untuk memperbetulkan keadaan. Sorry. Saya sangat “pissed off” sama itu “kap lam ya nga”…haihhh

Monday, June 1, 2009

_gomol_

“En kadok!” kata dia
“Saya!” saya
Lalu berjalan dan duduk disisi meja. Seperti selalu.


“Apa yang bole saya bantu?” kata dia
“Demam, Selesema dan sakit kepala yang amat” jawab saya
“Ada ke Luar Negara baru-baru ni?” kata dia
“Takde Puan…disini sahaja..ermmm..how's my BP?” jawab saya
"Owhhh..your BP normal. 120/85" kata Puan Dokter
"Alhamdulillah..." kata saya sambil tersengih-sengih.
“Ok..good. u kena banyak rehat. Saya bagi awak MC sehari” jawab dia
“Terima kasih puan….” Kata saya sambil ketawa girang didalam hati…hahaha
“But remember, stay away from your daughter!” tambah dia lagi
Uwaaaaa..tak guna jugak. Ingat bole main-main dengan budak kecik tu. Saya hanya bole melihat dari jauh?!!!!

Bak kata kekasih saya ketika dia sibuk menggomol Arissa.
“Kesian Daddy nak..tengok dari jauh aje..kasihan” sambil dia ketawa berdekah-dekah.
“Tak apa..Daddy akan bayar double kat Arissa..tunggu” jawab saya…haihhh