Wednesday, August 26, 2009

_cik sri siantan_

Cik Sri Siantan,

Terpanggil saya menulis surat ini untuk menyatakan kerisauan saya pada cik sri siantan. Saya sudah berkahwin dan punya seorang anak lelaki. Pada masa ini, hanya saya yang berkerja dan isteri saya adalah surirumah sepenuh masa. Kami telah berkahwin kira-kira setahun setengah yang lalu atas dasar suka sama suka dan menetap dirumah mentua saya di lembah kelang. Permasalahan saya, sejak kebelakangan ini, mertua saya kelihatan tidak begitu menghiraukan saya dan malah saya kadang kala di sindir sedangkan saya tidak tahu hujung pangkal ceritanya. Buat pengetahuan cik sri, saya pernah menyuarakan hasrat hati saya untuk keluar dari rumah mentua saya supaya kami boleh merasai sendiri pahit maung hidup berkeluarga secara sendiri tanpa campur tangan orang lain. Mungkin itu menjadi punca mentua saya menjadi sebegitu. Pernah ada ketika saya dilayan seperti orang asing. Pernah juga saya seakan dijauhkan dari anak saya sendiri mahupun dari isteri saya. Saya dapat rasakan isteri saya berada di pertengahan antara suami dan seorang ibu. Dia juga tertekan. Malah dia pernah memberitahu hal berkenaan kepada ibu saya sendiri.

Untuk dibawa berbincang, saya rasa itu amat sukar. Dia bukan jenis sebegitu (mentua saya). Keras kepala dan sombong saya kira. Hendak saya bawa isteri saya keluar dari rumah. Saya bimbang dengan tekanan yang isteri saya akan alami. Malah sekarang, kami suami isteri terpaksa berjumpa secara sembunyi-sembunyi. Berjumpa dengan anak saya sendiri pon terpaksa berbuat yang sama. Ibu mertua saya juga melarang anak saya berjumpa dengan neneknya (ibu saya). Saya buntu. Itu juga yang menyebabkan saya nekad menyewa diluar. Hasrat dihati ingin membawa isteri dan anak kesayangan, tapi memikirkan keadaan isteri saya, saya jadi kasihan. Tapi saya perlu juga kasihan terhadap anak dan diri saya sendiri. Hidup sendirian tanpa anak dan isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Saya berharap permasalahan saya mendapat perhatian dan “respond” dari pihak saudara/saudari.
Sekian,

Abu dan timah
(bukan nama sebenar)

p.s:
ye sila-sila beri pandangan bagi membantu abu dan timah..kesian dia..huhuhuhuhu

Thursday, August 20, 2009

_5 months_

Salam,

Malas betul saya mahu mengupdate blog...tapi saya ada di FB setiap hari..sibuk bercucuk tanam. hahahaha. here it is, Arissa at 5 mnths. dia dapat demam campak last week dan alhamdulillah dah ok dah except mild fever at nite. i just wonder why at nite? coz its been happening for almost 2 weeks! any advice? blood test tu dah amik for 2 times dan doctor cakap normal tpi mild fever waktu malam tu tak juga surut..haihhhh