Tuesday, November 24, 2015

Siput "pig"

"Daddy..kenapa siput besar tu panggil siput "pig"? kita boleh makan ke?" kata kakak
"Boleh kalau kita nak..daddy rasa kita masak lemak cili padi kasi kaw-kaw pedas dia pon ok kak" jawapan imaginasi bapak si kakak..sometimes it comes out of nowhere...lol

Friday, November 6, 2015

~ Air Sayur ~

"daddy...i dont like this air sayur!!" kata si Adam
kalau kamu-kamu semua bijak...air apalah si adam kata tu...lol

Wednesday, April 3, 2013

_3 in 1_



           Ini entry kan…adalah rumusan banyak perkara. Ketamanya, belated birthday of Arissa and me myself (yo yo ooo je kan…nak juga mencelah…hahaha). Untuk anakanda Arissa….semoga kamu menjadi anak yg solehah dan sentiasa dirahmati Allah selalu…mummy and daddy sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu selalu…pasal adik tu..rissa kena tabah…jadi eldest dalam siblings memang selalu kena buli. So redha je la ehhhh sayang…hahahaha

Keduanya, birthday bash (konon-kononya lah) kami buat di Port Dickson weekend ni. Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Sempena birthday Arissa and Adam jugak. April yg kami pilih sbb tengah-tengah antara bulan mereka dilahirkan. Will update some pics later…Insya Allah

Ketiganya…baby dalam perut mummy dah menjangkau 7 bulan. Senang kepenatan sebab perot yg memboyot-boyot. Dijangkakan due at 17th June. Dan bagi kes si Arissa dan Adam, dua-dua tu dilahirkan 2 weeks earlier dari due tu. So ada possibility tak birthdate dia sama dengan Adam (31st May)…tapi apa yang paling penting biar dua-dua Mummy and Baby Insya Allah dalam keadaan sehat dan selamat…Amin. Dan sampai ke saat ini..kami tidak memilih nama pon lagi untuk baby yg bakal lahir nanti. Tidak seperti Arissa sebelum ini. Sudah dapat tahu mummy preggy then dua-dua pon excited nak pilih nama. Perhaps lepas majlis kat PD ni kami akan concentrate on that one pulak…any suggestion?

That’s for now…akan diupdate lagi selepas ini jika berkelapangan…


Monday, January 21, 2013

_bandung_



Tarikh: 24-28 Dec 2012
Lokasi: Bandung, Indonesia
Penginapan: Retanata Guest House, Bandung

      Ok…ini kali kedua kami ke bandung. Plan asal mahu ke tempat lain. Nampaknya tak menjadi sebab ongkosnya. Tahun hadapan la kot bila semua keadaan selesa. Hahaha

  4 hari disana. Apa yang bole dikatakan tentang bandung…rasanya sama seperti mereka-mereka yang pernah kesana sebelum ini. Tempat untuk menghabiskan duit untuk keperluan anak-anak. Pergi cuma 20 kilo..balik pula mennjadi 40 kilo…yoshhhh

            Pada saya…untuk menaiki kapalterbang ni…anak-anak sekurang-kurangnya sebaya Arissa (Almost 4 yrs)…senang dikawal. Masa kami hendak kesana…Adam yang membuat perangai...luckily for 15 mins…melalak didalam flight kerana mencari keselesaan untuk tidor. Balik pula…Arissa terkena muntah-muntah seawal dikapal terbang ketika mahu pulang ke Malaysia. Habis terlepak dia didalam flight. Nasib baiklah Adam tidak terkena sama.

           Cirit birit dan muntah-muntah itu berjangkit ke Adam selepas 2 hari kami pulang. Kasihan si Adam. terlepek…selera makan kurang. Nasib baikla susu ok sahaja. Kalau tidak mahu masuk hospital seperti tempoh hari. Gambar-gambar dibawah diambil ketika kami disana. Mostly gambar kekanak Ribena tu sahaja sebab mereka berdualah yang paling happy…happy sebab dapat baju raya segerobok gamaknya…hahahaha 
































Wednesday, December 12, 2012

_lapan tahun lah_



Entri ini entri tertunda. 

Ia ulangtahun perkahwinan kami yg kedelapan tahun. Terima kasih Allah. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat sang isteri “terima kasih kerana menerima ai seadanya…lap awak beribu-ribu lemon ok!!”..

Hadiah? Owhhhh…hadiah nye bulan june tahun depan…Insya Allah..:)

Thursday, December 6, 2012

_Alhamdulillah_

Salam,

Dulu-dulu..masa berdua...tp lama sgt nak bertiga...makan tahun jugak...then dapat tau kami akan bertiga...so keluar Arissa...lepas tu berangan pulak nak berempat...then after 2 years...keluar pulak si Adam...ok...itu cerita berempat...then Insya Allah...bulan june tahun depan akan berlima pulak lah kami...Alhamdulillah..syukur kami panjatkan kehadrat Allah atas rezeki ini...:)

ps:
sangat setujulah kata orang tua-tua...mula-mula mmg payah..tapi bila dah sekali ada..berderet-deret! hahahaha

Monday, October 1, 2012

_august lalu_

Lokasi: DEMC, Shah Alam
Masa: 28 Aug - 2nd Sept

si kakak dan si adik kena masa seminggu lepas raya...tak tau lah kat mana salah makan...sedar-sedar..kami balik kg tu..the next day kakak dah start muntah diikuti adik the next day...so obviously bkn dtg dr kg kot...benda mmg dah nak kena...

terus kami kejarkan ke demc sbb takut dehydrated...susah pulak nanti..lagi2 si adik..maka berkampungla kat demc for 5 days. pergi balik kerja ke hospital. mummy mmg dah ada kat sana dah...muntah2 and cirit2 tu hilang 2 hari kemudian but the docter nak monitor demam dan batuk derang pulak...alhamdulillah discharged hari ahad 2nd sept tu...sambut merdeka kat sepital yop!!!











Monday, July 9, 2012

_berkilau-kilau_

   Gambar di ambil tidak lama dahulu...semasa gian mengambil-ambil gambar...skrg gian itu ada juga...cuma waktu itu sgt terbatas...jadi kamera tersadai sahaja di dry box...kasihan...


Thursday, July 5, 2012

_goyang-goyanggggggg_

     owwhhhhhhh...nama dia aiskrim "goyang" kata si penjual...


 

Thursday, June 28, 2012

_demam, selsema dan batuk_


      Ini budak sudah demam last week...sampai kami terpaksa pergi DEMC 3 hari berturut-turut...baik demam...selesema pulak..sudahla selesema..batuk lagi...dugaan sungguh...semoga kamu cepat sembuh...cepat berjalan supaya cik mummy tidak bising-bising kata kamu asyik mahu dikelek...(kamu-kamu tau ke apa perkataan di-kelek tu?....:p)