"Daddy..kenapa siput besar tu panggil siput "pig"? kita boleh makan ke?" kata kakak
"Boleh kalau kita nak..daddy rasa kita masak lemak cili padi kasi kaw-kaw pedas dia pon ok kak" jawapan imaginasi bapak si kakak..sometimes it comes out of nowhere...lol
Tuesday, November 24, 2015
Friday, November 6, 2015
~ Air Sayur ~
"daddy...i dont like this air sayur!!" kata si Adam
kalau kamu-kamu semua bijak...air apalah si adam kata tu...lol
kalau kamu-kamu semua bijak...air apalah si adam kata tu...lol
Wednesday, April 3, 2013
_3 in 1_
Ini entry kan…adalah rumusan banyak perkara. Ketamanya,
belated birthday of Arissa and me myself (yo yo ooo je kan…nak juga mencelah…hahaha).
Untuk anakanda Arissa….semoga kamu menjadi anak yg solehah dan sentiasa
dirahmati Allah selalu…mummy and daddy sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu
selalu…pasal adik tu..rissa kena tabah…jadi eldest dalam siblings memang selalu
kena buli. So redha je la ehhhh sayang…hahahaha
Keduanya, birthday bash (konon-kononya lah) kami buat di
Port Dickson weekend ni. Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Sempena
birthday Arissa and Adam jugak. April yg kami pilih sbb tengah-tengah antara
bulan mereka dilahirkan. Will update some pics later…Insya Allah
Ketiganya…baby dalam perut mummy dah menjangkau 7 bulan. Senang
kepenatan sebab perot yg memboyot-boyot. Dijangkakan due at 17th
June. Dan bagi kes si Arissa dan Adam, dua-dua tu dilahirkan 2 weeks earlier
dari due tu. So ada possibility tak birthdate dia sama dengan Adam (31st
May)…tapi apa yang paling penting biar dua-dua Mummy and Baby Insya Allah dalam
keadaan sehat dan selamat…Amin. Dan sampai ke saat ini..kami tidak memilih nama
pon lagi untuk baby yg bakal lahir nanti. Tidak seperti Arissa sebelum ini. Sudah
dapat tahu mummy preggy then dua-dua pon excited nak pilih nama. Perhaps lepas
majlis kat PD ni kami akan concentrate on that one pulak…any suggestion?
That’s for now…akan diupdate lagi selepas ini jika
berkelapangan…
Monday, January 21, 2013
_bandung_
Tarikh: 24-28 Dec 2012
Lokasi: Bandung, Indonesia
Penginapan: Retanata Guest House, Bandung
Ok…ini kali kedua kami ke bandung. Plan asal mahu ke tempat
lain. Nampaknya tak menjadi sebab ongkosnya. Tahun hadapan la kot bila semua
keadaan selesa. Hahaha
4 hari disana. Apa yang bole dikatakan tentang bandung…rasanya
sama seperti mereka-mereka yang pernah kesana sebelum ini. Tempat untuk menghabiskan
duit untuk keperluan anak-anak. Pergi cuma 20 kilo..balik pula mennjadi 40 kilo…yoshhhh
Pada saya…untuk menaiki kapalterbang ni…anak-anak
sekurang-kurangnya sebaya Arissa (Almost 4 yrs)…senang dikawal. Masa kami
hendak kesana…Adam yang membuat perangai...luckily for 15 mins…melalak didalam
flight kerana mencari keselesaan untuk tidor. Balik pula…Arissa terkena
muntah-muntah seawal dikapal terbang ketika mahu pulang ke Malaysia. Habis
terlepak dia didalam flight. Nasib baiklah Adam tidak terkena sama.
Cirit birit dan muntah-muntah itu berjangkit ke Adam selepas
2 hari kami pulang. Kasihan si Adam. terlepek…selera makan kurang. Nasib baikla
susu ok sahaja. Kalau tidak mahu masuk hospital seperti tempoh hari. Gambar-gambar
dibawah diambil ketika kami disana. Mostly gambar kekanak Ribena tu sahaja
sebab mereka berdualah yang paling happy…happy sebab dapat baju raya segerobok
gamaknya…hahahaha
Wednesday, December 12, 2012
_lapan tahun lah_
Entri ini entri tertunda.
Ia ulangtahun perkahwinan kami yg kedelapan tahun.
Terima kasih Allah. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat sang
isteri “terima kasih kerana menerima ai seadanya…lap awak beribu-ribu lemon
ok!!”..
Hadiah? Owhhhh…hadiah nye bulan june tahun depan…Insya Allah..:)
Thursday, December 6, 2012
_Alhamdulillah_
Salam,
Dulu-dulu..masa berdua...tp lama sgt nak bertiga...makan tahun jugak...then dapat tau kami akan bertiga...so keluar Arissa...lepas tu berangan pulak nak berempat...then after 2 years...keluar pulak si Adam...ok...itu cerita berempat...then Insya Allah...bulan june tahun depan akan berlima pulak lah kami...Alhamdulillah..syukur kami panjatkan kehadrat Allah atas rezeki ini...:)
ps:
sangat setujulah kata orang tua-tua...mula-mula mmg payah..tapi bila dah sekali ada..berderet-deret! hahahaha

Monday, October 1, 2012
_august lalu_
Lokasi: DEMC, Shah Alam
Masa: 28 Aug - 2nd Sept
si kakak dan si adik kena masa seminggu lepas raya...tak tau lah kat mana salah makan...sedar-sedar..kami balik kg tu..the next day kakak dah start muntah diikuti adik the next day...so obviously bkn dtg dr kg kot...benda mmg dah nak kena...
terus kami kejarkan ke demc sbb takut dehydrated...susah pulak nanti..lagi2 si adik..maka berkampungla kat demc for 5 days. pergi balik kerja ke hospital. mummy mmg dah ada kat sana dah...muntah2 and cirit2 tu hilang 2 hari kemudian but the docter nak monitor demam dan batuk derang pulak...alhamdulillah discharged hari ahad 2nd sept tu...sambut merdeka kat sepital yop!!!
Monday, July 9, 2012
_berkilau-kilau_
Gambar di ambil tidak lama dahulu...semasa gian mengambil-ambil gambar...skrg gian itu ada juga...cuma waktu itu sgt terbatas...jadi kamera tersadai sahaja di dry box...kasihan...
Thursday, July 5, 2012
Thursday, June 28, 2012
_demam, selsema dan batuk_
Ini budak sudah demam last week...sampai kami terpaksa pergi DEMC 3 hari berturut-turut...baik demam...selesema pulak..sudahla selesema..batuk lagi...dugaan sungguh...semoga kamu cepat sembuh...cepat berjalan supaya cik mummy tidak bising-bising kata kamu asyik mahu dikelek...(kamu-kamu tau ke apa perkataan di-kelek tu?....:p)
Thursday, May 31, 2012
_he turns one_
Adam turns one hari ni,...hari ni jugak dia kena jab...menurut kata si kekasih...melalak dia kena jab sampai tertido...kasihan..hahahhaaha
kami tak berkesempatan nak buat birthday bash mcm si Arissa last time...tp Insya Allah akan kami lakukan...perhaps before puasa ni...
btw...si kekasih juga menyambut hari lahir 28hb yg lalu...sikit lagi sama tarikh dengan adam kan...takpe la sayang..biar daddy je yg sama date dgn Arissa dah cukup...:p
.....to both of you...semoga sentiasa peroleh keberkatan dan dirahmati dari Allah...

Tuesday, April 17, 2012
_masalah_
Salam,
ok..masalahnya agak remeh...kot..tolong bagi sesiapa yang ada pengalaman seperti ini tampil memberikan input (ecehhhh..ayat skema siot...hahahaha)...
Masalah Satu,
Adam menghampiri setahun Insya Allah bulan hadapan...kami sangat-sangat menghadapi kesukaran untuk memberi dia makan..bermacam2 cara kami telah lakukan..bubur la.kentang la..lobak la..sayur la..dia hanya akan menerima makanan sesuap dua sahaja dan selepas itu terus memalingkan muka atau mengatup mulut serapat yg boleh...siapa yg tidak geram kan...hahahaha...
Masalah Dua,
Bagaimana mengelakkan untuk dia sentiasa mahu didukung/gendung?
jawapan sgt2 dihargai dgn ucapan terima kasih...itu pon kalau ada lagi yg membaca blog buku nota ni la kan...hahahaaha
owhhhh..permasalahan pertama saya rasa tiada kaitan dgn tumbuh gigi atau pelbagaikan corak pemakanan beliau sbb itu semua telah kami lakukan..:)
Arissa dahulu pon mempunyai masalah yg sama cumanya tidak seperti ini tp bila membesar selera itu semakin ada..Alhamdulillah..cumanya kami risau..berat si Adam pon sudah dibawah graf..haishhhhhh

Wednesday, March 21, 2012
_sms_
Ini sms yang diterima oleh kawan saya tidak berapa lama yang lalu…
“Ini ayah, tolong bagi credit Maxis RM30 ke no baru ayah 012345678. ayah lagi ada masalah di balai polis. Tak payah call…Sekejap lagi ayah call”
Ini pula jawapan kawan saya kepada si Pengirim..
“ok..forward sekali no bapak ko, atok ko dengan adik beradik ko yang lain..senang aku agih-agihkan credit tu nanti..cepat sikit!”
Hahahaha..kadang-kadang perkara sebegini buat kita senyum sendiri…mungkin dia dalam stress..hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)