Wednesday, October 29, 2008

_aku cuak gila_

jangan panik..tajuk aje gempak..tapi pengisian tu sik apa-apa..percayalah. saya cuma ingin berkongsi cerita selama 3 hari libur saya dan dia. kami ke batu berendam semasa cuti Deepavali baru-baru ini. cuma santai-santai dirumah adik saya disana. kami berkesempatan ke shopping mall yang baru dibuka disana. nahhh!!!..gambar dibawah sebagai bukti. betul kan? saya ada di dataran pahlawan shopping mall...hehehe

melayan budak-budak berdua ini buat kami berdua pusing kepala. itu ini..itu ini..haihhhhh...tapi kami seronok dengan kerenah mereka.
tapi keseronokkan kami berakhir dengan si kekasih jatuh pitam. saya cemas. kamu buat saya sangat gabra, ditengah kesesakan orang ramai, kamu tiba-tiba rebah. jika kamu toreh muka saya, pasti tiada setitik darah yang keluar. syukur semuanya selamat. dia kepenatan. lambat makan barangkali.

Thursday, October 23, 2008

_comel tak saya?_

Comel tak saya? saya ada ayah dan ibu...ayah saya cuba menbuang saya dari tingkat 8 angkara pertengkaran dia dan ibu. kini, saya tinggal bersama ibu setelah mereka berpisah. saya tidak pasti samada ayah saya masih sayangkan saya atau tidak. Jika tidak, masakan dia tergamak ingin membuang saya dari rumah bertingkat-tingkat itu bukan? haihhh..

Nota:
semakin ramai orang-orang yang sakit otak didunia sekarang ini.

Friday, October 17, 2008

_saya ratah dia dgn rakus_

maaflah kawan-kawan. saya hanya ingin berkongsi kegembiraan. sudah lama saya pendam nafsu saya ini. berjaya juga saya akhirnya. arghhhhh!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kejap ada!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kejap takde!!! Hahahahaha

Monday, October 13, 2008

_aku pantang tau_

Aku pantang betul tengok bebudak yang datang rumah beraya bila kita bagi duit raya dalam sampul tu, Sibuk jugak la dia nak bukak depan-depan kita ni. Nak aje aku sekeh. Nasib baik mak pak korang ada depan aku ni…kalau idak..ko memang kena sekeh tau. Heh!!!

Haaa..ni ada satu cite lawak sikit masa raya lepas. Kiterang pergi beraya di Johor Bahru. Saudara mara. Dalam kelompok rombongan cik kiah tu..ada jugak la anak menakan aku yang agak degil sikit. Masuk disatu rumah…memasing pok pek pok pek…bila dah balik…si tuan tanah bagi la duit raya dalam sampul..budak-budak ni seme memang tunggu yang tu aje..ntah dia kenal ke idak tu sedara mara dia pon aku tatau…hahaha…jadi, bila aku menghampiri kereta.

“awak dapat berapa” tanya aiman
“singget je, awak?” kata Daniel
“singget gak?” kata aiman
“lah…harap rumah aje beso..rumah batu..pago cantik-cantik…tapi bagi singget? Pelokek la” kata Daniel dgn muka serius.

Aku dan kekasih hanya mampu ketawa. Haihhh..bebudak sekarang memang berbeza.

Lepas dari incident itu..aku cuci derang cukup-cukup. Kamu memalukan keluarga kamu. Tau tak?!!! iyeeeee..aku tau..derang kan cuma budak-budak..aku pun saje je…ntah-ntah dulu pon aku sama macam tu...hahaha

Wednesday, October 8, 2008

_Ibu sayang kamu_

Cuba bayangkan situasi begini.

  • Seorang perempuan tua menunggu panggilan dari anak-anak beliau seramai 4 orang di malam raya. Tapi haram anak-anak beliau tidak melakukan sedemikian.
  • Perempuan tua yang sama tidak dijemput atau diberitahu atas majlis pertunangan anak perempuan beliau sendiri.
  • Anak-anak perempuan tua tersebut tidak bertanya khabar langsung ketika beliau ketanah suci menunaikan umrah pada puasa ke-2 yang lalu.
  • Anak-anak perempuan tua tersebut menyalahkan beliau diatas perceraian beliau dan suami beliau.
  • Anak lelaki perempuan tersebut tidak bertanya khabar langsung atau menyapa ketika beliau menjenguk cucu beliau dirumah anak lelakinya.

Arghhhh…apalah yang mereka cari. Itu ibu kamu. Walau besar mana silapnya, dia masih tetap ibu kamu. Kini si perempuan tua menumpang kasih bersama anak-anak saudara beliau. Beliau tinggal berseorangan. Dia sudah kering air mata. Kering segala-galanya. Saya cuma mampu mendengar. Perasaan bercampur baur. Antara marah dan kasihan. Wahai si anak…kamu juga punya anak-anak. Moga anak-anak kalian tidak menjadi seperti kalian. Menderhaka kepada kamu. Sesungguhnya Syurga itu ditelapak kaki ibu. Itupun jika kamu tahu. Haihhh!

Nota:
Kamu bayangkan seorang imam muda punya kelakuan sedemikian. Memalukan. Heh!

Wednesday, September 24, 2008

_Selamat Hari Raya Aidil Fitri : Maaf Zahir dan Batin_

Disebabkan saya perasan agak sibuk dan jarang punya berkesempatan menjenguk blog saya sendiri mahupun teman-teman sekalian kebelakangan ini. Saya dan kekasih saya ingin mengucapkan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir
&
Batin


Bagi yang memandu tu…memandulah dengan berhati-hati. Sentiasa ikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagi yang main-main mercun atau meriam tu…moh le kita main perang-perang. Mau? Hahaha. Saya beraya dirumah keluarga kekasih saya tahun ini. Dekat sahaja, di Klang dan berkemungkinan besar pulang beraya di Rumah keluarga tercinta di Batu Pahat pada hari raya kedua. Yang dekat-dekat tu meh le dtg kerumah…:)

Nota:
Syarikat swasta saya memberi hamper sebagai ganti duit raya.. Perasaan saya? Hampeh!!! Kenapa hampeh? Owhhh..sebabnye…syarikat swasta saya menjanjikan duit raya pada bulletin yang mereka keluarkan jumaat yang lalu. Entah dimana silapnya, hari ini satu lagi bulletin dikeluarkan mengatakan Duit Raya yang mereka katakan jumaat lalu akan digantikan dengan Hamper . Maka bertalu-talulah email yang keluar masuk dari pekerja-pekerja ke “HR”..hah!!! Padan muka kamu nak menjawab. Siapa suruh main-main.
Alasan mereka, kami baru menerima duit bonus tahunan dan kenaikan gaji baru-baru ini. Hoiiiiii…mana aci. Kamu baru keluarkan bulletin la. Cehhhh!!!
Mcm kap lam ya nga..Heh!!!

Friday, September 19, 2008

_pak kenny_

Sudah 2 kali saya mencuba nasib..dua kali juga permintaan saya ditolak…
“maaf ye bang…kami tidak terima untuk “take away” buat masa ini” kata si cantik manis
“kenapa ye?” saya
“yang makan disini pun kami tak terlayan bang..abang dtg selepas berbuka nanti ye” kata dia sopan “owhhh..begitu..tak apalah dik” saya

“bukan rezeki u la tu…lain kali la kita pergi ye?” pujuk kekasih saya
“masalahnya…I teringin la..tu je..dah 3 minggu I pendam tau ” kata saya
Kekasih saya terkekeh-kekeh ketawa…
“nasib baiklah I tak suka ayam masa-masa ini..busuk” kata dia

"i rasa penyakit u tu pindah kat i lah" kata saya sambil ketawa


Jika kamu ingin tahu…saya teringin benar memakan Kenny Rogers bersama kentang penyek, “Garden Pasta” dan “Fresh Fruit Salad “…blurpppppp…hahahahahaha

Monday, September 15, 2008

_nasi kangkang_

Siapa tengok cerita di Astro Prima malam tadi…Tajuk dia “Mencari Syurga”…saya sangat suka lakonan Elly Suryati…sungguh mengesankan. Tapi bab Nasi Kangkang tu…yarkkkk..sungguh jijik. Ermmm..saya terpikir juga…kalau perempuan dengan nasik kangkang..kalau lelaki pulak dengan ape ehh?

Nota:
Biarlah orang kata..cara lama...sms kan ada...tapi saya sudah mula menghantar kad-kad raya kepada kenalan..biar ada semangat sedikit. ermmm...setidak-tidaknya saya masih ingat kalian...biarpon cuma "ikhlas, kadok dan kekasih" yang tertera di kad tersebut...:p


Thursday, September 11, 2008

_ermmm_

Maafkan saya..dek kerana perasan sibuk. Saya telah mengabaikan blog saya buat sementara waktu. Ecehhh…mcm bagus…mcmla banyak orang dtg kat blog gue pong…hahaha. Terlalu banyak kerja-kerja yang terpaksa di-uruskan. Tentang kerja pejabat swasta boss saya, tentang rumah tangga, tentang keluarga dan banyak lagi tentang-tentang yang lain. Setiap hari saya akan sampai dirumah ketika kamu kamu kamu semua sedang elok duduk bersimpuh dihadapan juadah berbuka kamu..hahaha. Itu rutin saya kebelakangan ini. Banyak tugasan buat saya terasa ingin muntah ditambah jem-jem yang berserakkan diatas jalanraya. Heh!!

Sherry tidak lagi tinggal bersama kami. Dia sudah tinggal berjauhan dari kami. Semasa kami menghantar dia kerumah keluarga kekasih saya. Saya lihat ada sedikit air bergenang dikelopak mata kekasih saya. Sabar la sayang…itu cuma sementara waktu…bila keadaan sudah ok…kamu bole ambil dia kembali. Ermmmm…

Owhhh...saya ingin berkongsi sesuatu disini..disebabkan saya sekarang ini sibuk menguruskan pembelian sebuah rumah di sekitar Put*ra He*ghts…saya telah menghantar dokumen ke beberapa bank-bank di Negara saya yang tercinta ini. Setakat ini..sudah 2 bank telah mengesahkan saya layak menerima pinjaman yang saya pinta. Satu bank luar dan satu lagi bank kita kita inilah. Dan pada masa yang sama saya juga ada menghantar ke satu bank demi menjaga hati tuan peguam saya yang mengatakan produk islamik bank berkenaan sangat bagus. Saya menerima telefon dari pegawai bank berkenaan minggu yang sudah.

“Hello, En kadok ke? Ini F**a dari E** Bank” dia
“owhh..ok..” saya
“ini berkenaan permohonan En kadok atas pembelian sebuah rumah di no 49 bla bla blah la…” dia
“ok” saya
“Begini En kadok..kami dapati harga pasaran rumah berkenaan kurang dari harga pinjaman yang en kadok mahu. Harga yang kami tawarkan hanya rm3** 000 dan kami hanya boleh memberikan 85% dari nilai pinjaman berkenaan” dia
“owhh..ok” saya
“jadi bagaimana ye en kadok?” dia
“beginilah…saya pon tidak mahu pusing kepala..tapi satu yang saya tidak paham…kenapa pinjaman saya diterima oleh 2 bank yang lain? Dan saya mendapat jumlah pinjaman yang saya minta padahal saya pasti kamu punya prosedur yang sama. Kamu menilai pada rumah yang sama bukan? Mereka tidak ada rungutan tentang harga semasa rumah berkenaan. Malah, mereka turun padang untuk melihat kewujudan rumah tersebut dan menilai mengikut tafsiran mereka. Dan lagi, tawaran yang mereka bagi jauh lagi bagus. Kamu sebagai bank yang menawarkan produk bersifat islamik sepatutnya menjaga keperluan pengguna seperti saya. Ermmmm…tak apalah..kamu hanya menjalankan tugas…saya tolak tawaran kamu” saya
“Terima kasih en kadok” dia

Arghhhh…ada sedikit amarah didalam perbualan saya tempuh hari. Itu cuma sebahagian daripadanya. Bank berkenaan menawarkan produk bersifat islamik. Tiada BLR system..fixed rate katanya…bla bla bla..saya cuma sedikit hairan, kenapa produk bersifat islamik ini sangat menekan sifatnya…maaf..saya bukan juga secular..tapi..dari segi logiknya…ermmm..lupakanlah..saya sudah pon mengambil keputusan antara 2 bank berkenaan…haihhhhh..bersifat islamik juga..tapi saya tidak nampak islamiknya...kalau ada sesiapa yang mahir tu..enlighten me..:)

Thursday, September 4, 2008

_Jiwa saya sangat kacau_

Biar saya tulis dengan ringkas. Kadang-kadang, sebagai manusia yang biasa-biasa. Pabila kita berada pada satu situasi yang membuatkan kita berada dipersimpangan dan sangat payah kita hendak membuat keputusan, dan kadang-kadang, pabila keadaan terlalu mendesak. Kita cenderung membiar perkara itu berlalu dengan masa atau membuat keputusan tanpa rasional atau pertimbangan yang waras. Biar sahaja masa yang menentukan walaupun kita sudah tahu apa keputusannya nanti. Lagipun apa pilihan yang saya ada? Denial? Ya..mungkin itu yang lebih tepat. Apakan daya, saya hanya manusia yang biasa-biasa. Jiwa saya sangat kacau. Saya sangat tidak suka berada di dalam situasi begini.

Nota kaki:
Owhhh…entry diatas merujuk kepada seorang teman. Teman, kamu perlu bersabar. Saya? Ehhh..bukan. hati saya biasa-biasa. Pada saya..hidup perlu tenang. Tapi jika situasi mendatang. Saya akan berfikiran seperti apa yang beliau fikirkan. Biar masa yang menentukan. Owhhhh..tak..itu tidak lari dari masalah. kerna masalah akan datang setiap masa…24/7.