Wednesday, September 24, 2008

_Selamat Hari Raya Aidil Fitri : Maaf Zahir dan Batin_

Disebabkan saya perasan agak sibuk dan jarang punya berkesempatan menjenguk blog saya sendiri mahupun teman-teman sekalian kebelakangan ini. Saya dan kekasih saya ingin mengucapkan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir
&
Batin


Bagi yang memandu tu…memandulah dengan berhati-hati. Sentiasa ikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagi yang main-main mercun atau meriam tu…moh le kita main perang-perang. Mau? Hahaha. Saya beraya dirumah keluarga kekasih saya tahun ini. Dekat sahaja, di Klang dan berkemungkinan besar pulang beraya di Rumah keluarga tercinta di Batu Pahat pada hari raya kedua. Yang dekat-dekat tu meh le dtg kerumah…:)

Nota:
Syarikat swasta saya memberi hamper sebagai ganti duit raya.. Perasaan saya? Hampeh!!! Kenapa hampeh? Owhhh..sebabnye…syarikat swasta saya menjanjikan duit raya pada bulletin yang mereka keluarkan jumaat yang lalu. Entah dimana silapnya, hari ini satu lagi bulletin dikeluarkan mengatakan Duit Raya yang mereka katakan jumaat lalu akan digantikan dengan Hamper . Maka bertalu-talulah email yang keluar masuk dari pekerja-pekerja ke “HR”..hah!!! Padan muka kamu nak menjawab. Siapa suruh main-main.
Alasan mereka, kami baru menerima duit bonus tahunan dan kenaikan gaji baru-baru ini. Hoiiiiii…mana aci. Kamu baru keluarkan bulletin la. Cehhhh!!!
Mcm kap lam ya nga..Heh!!!

Friday, September 19, 2008

_pak kenny_

Sudah 2 kali saya mencuba nasib..dua kali juga permintaan saya ditolak…
“maaf ye bang…kami tidak terima untuk “take away” buat masa ini” kata si cantik manis
“kenapa ye?” saya
“yang makan disini pun kami tak terlayan bang..abang dtg selepas berbuka nanti ye” kata dia sopan “owhhh..begitu..tak apalah dik” saya

“bukan rezeki u la tu…lain kali la kita pergi ye?” pujuk kekasih saya
“masalahnya…I teringin la..tu je..dah 3 minggu I pendam tau ” kata saya
Kekasih saya terkekeh-kekeh ketawa…
“nasib baiklah I tak suka ayam masa-masa ini..busuk” kata dia

"i rasa penyakit u tu pindah kat i lah" kata saya sambil ketawa


Jika kamu ingin tahu…saya teringin benar memakan Kenny Rogers bersama kentang penyek, “Garden Pasta” dan “Fresh Fruit Salad “…blurpppppp…hahahahahaha

Monday, September 15, 2008

_nasi kangkang_

Siapa tengok cerita di Astro Prima malam tadi…Tajuk dia “Mencari Syurga”…saya sangat suka lakonan Elly Suryati…sungguh mengesankan. Tapi bab Nasi Kangkang tu…yarkkkk..sungguh jijik. Ermmm..saya terpikir juga…kalau perempuan dengan nasik kangkang..kalau lelaki pulak dengan ape ehh?

Nota:
Biarlah orang kata..cara lama...sms kan ada...tapi saya sudah mula menghantar kad-kad raya kepada kenalan..biar ada semangat sedikit. ermmm...setidak-tidaknya saya masih ingat kalian...biarpon cuma "ikhlas, kadok dan kekasih" yang tertera di kad tersebut...:p


Thursday, September 11, 2008

_ermmm_

Maafkan saya..dek kerana perasan sibuk. Saya telah mengabaikan blog saya buat sementara waktu. Ecehhh…mcm bagus…mcmla banyak orang dtg kat blog gue pong…hahaha. Terlalu banyak kerja-kerja yang terpaksa di-uruskan. Tentang kerja pejabat swasta boss saya, tentang rumah tangga, tentang keluarga dan banyak lagi tentang-tentang yang lain. Setiap hari saya akan sampai dirumah ketika kamu kamu kamu semua sedang elok duduk bersimpuh dihadapan juadah berbuka kamu..hahaha. Itu rutin saya kebelakangan ini. Banyak tugasan buat saya terasa ingin muntah ditambah jem-jem yang berserakkan diatas jalanraya. Heh!!

Sherry tidak lagi tinggal bersama kami. Dia sudah tinggal berjauhan dari kami. Semasa kami menghantar dia kerumah keluarga kekasih saya. Saya lihat ada sedikit air bergenang dikelopak mata kekasih saya. Sabar la sayang…itu cuma sementara waktu…bila keadaan sudah ok…kamu bole ambil dia kembali. Ermmmm…

Owhhh...saya ingin berkongsi sesuatu disini..disebabkan saya sekarang ini sibuk menguruskan pembelian sebuah rumah di sekitar Put*ra He*ghts…saya telah menghantar dokumen ke beberapa bank-bank di Negara saya yang tercinta ini. Setakat ini..sudah 2 bank telah mengesahkan saya layak menerima pinjaman yang saya pinta. Satu bank luar dan satu lagi bank kita kita inilah. Dan pada masa yang sama saya juga ada menghantar ke satu bank demi menjaga hati tuan peguam saya yang mengatakan produk islamik bank berkenaan sangat bagus. Saya menerima telefon dari pegawai bank berkenaan minggu yang sudah.

“Hello, En kadok ke? Ini F**a dari E** Bank” dia
“owhh..ok..” saya
“ini berkenaan permohonan En kadok atas pembelian sebuah rumah di no 49 bla bla blah la…” dia
“ok” saya
“Begini En kadok..kami dapati harga pasaran rumah berkenaan kurang dari harga pinjaman yang en kadok mahu. Harga yang kami tawarkan hanya rm3** 000 dan kami hanya boleh memberikan 85% dari nilai pinjaman berkenaan” dia
“owhh..ok” saya
“jadi bagaimana ye en kadok?” dia
“beginilah…saya pon tidak mahu pusing kepala..tapi satu yang saya tidak paham…kenapa pinjaman saya diterima oleh 2 bank yang lain? Dan saya mendapat jumlah pinjaman yang saya minta padahal saya pasti kamu punya prosedur yang sama. Kamu menilai pada rumah yang sama bukan? Mereka tidak ada rungutan tentang harga semasa rumah berkenaan. Malah, mereka turun padang untuk melihat kewujudan rumah tersebut dan menilai mengikut tafsiran mereka. Dan lagi, tawaran yang mereka bagi jauh lagi bagus. Kamu sebagai bank yang menawarkan produk bersifat islamik sepatutnya menjaga keperluan pengguna seperti saya. Ermmmm…tak apalah..kamu hanya menjalankan tugas…saya tolak tawaran kamu” saya
“Terima kasih en kadok” dia

Arghhhh…ada sedikit amarah didalam perbualan saya tempuh hari. Itu cuma sebahagian daripadanya. Bank berkenaan menawarkan produk bersifat islamik. Tiada BLR system..fixed rate katanya…bla bla bla..saya cuma sedikit hairan, kenapa produk bersifat islamik ini sangat menekan sifatnya…maaf..saya bukan juga secular..tapi..dari segi logiknya…ermmm..lupakanlah..saya sudah pon mengambil keputusan antara 2 bank berkenaan…haihhhhh..bersifat islamik juga..tapi saya tidak nampak islamiknya...kalau ada sesiapa yang mahir tu..enlighten me..:)

Thursday, September 4, 2008

_Jiwa saya sangat kacau_

Biar saya tulis dengan ringkas. Kadang-kadang, sebagai manusia yang biasa-biasa. Pabila kita berada pada satu situasi yang membuatkan kita berada dipersimpangan dan sangat payah kita hendak membuat keputusan, dan kadang-kadang, pabila keadaan terlalu mendesak. Kita cenderung membiar perkara itu berlalu dengan masa atau membuat keputusan tanpa rasional atau pertimbangan yang waras. Biar sahaja masa yang menentukan walaupun kita sudah tahu apa keputusannya nanti. Lagipun apa pilihan yang saya ada? Denial? Ya..mungkin itu yang lebih tepat. Apakan daya, saya hanya manusia yang biasa-biasa. Jiwa saya sangat kacau. Saya sangat tidak suka berada di dalam situasi begini.

Nota kaki:
Owhhh…entry diatas merujuk kepada seorang teman. Teman, kamu perlu bersabar. Saya? Ehhh..bukan. hati saya biasa-biasa. Pada saya..hidup perlu tenang. Tapi jika situasi mendatang. Saya akan berfikiran seperti apa yang beliau fikirkan. Biar masa yang menentukan. Owhhhh..tak..itu tidak lari dari masalah. kerna masalah akan datang setiap masa…24/7.

Friday, August 29, 2008

_Selamat-Selamat_

Buat Teman-teman,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
&
Selamat Menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 51 tahun


Nota:
Saya balik kg esok…menyambut puasa dan hari kemerdekaan disana. Arghhh..can’t wait for that. But for the merdeka thingy..ermmm..saya tiada nafsu untuk itu.

Monday, August 25, 2008

_Nafsi-Nafsi_

Lokasi : Satu Restaurant di Metropolitan Square Mall.
Time : 12.30pm

“she eat p*rk la” dia
“really ka?” saya
“ya lorrr…you think I bluff one?” dia
“nooo la…I just want to confirm…this one serius you know” saya
“yes..really sure…we ate at Korean restaurant..few of us…she ordered p*rk and that surprised us” dia
“huh..really ka?” saya
“but I did remind her..u can’t eat that one rite as a muslim..it’s prohibited…but she did mention..i didn’t kill anybody..i didn’t disturb people” dia
“owhhh dear…I don’t have any comment on that..nafsi nafsi” saya
“Huh! what is nafsi nafsi?” dia
“owhhh..lupa..u tak paham..its ok..its something like “mind your own business” la..hehehe” saya
“owhhh..like that arrr?” dia

Nota:
Manusia oh manusia. Nafsi nafsi…. owhhh


Nota lagi:
Saya tidak pasti samada penggunaan perkataan "nafsi-nafsi" dan maknanya adalah tepat..jika tidak..sila perbetulkan..hehehe..:p

Wednesday, August 13, 2008

_potong_

Sambil minum-minum petang..saya berbual dengan bapa kekasih saya…kami ramai ketika itu..kami dijamu dengan air teh “O” bersama pisang goreng bercecah kicap… Pedas dan panas …syiokkk sungguh.. Kombinasi yang sangat ngam. Berpeluh saya kerana kepedasan dan kepanasan.

Bapa kekasih saya membuka bicara.
“sekarang ni…bukan senang nak cari kekasih ...yang pandai masak” dia
“dulu..masa ayah mula-mula berkasih-kasihan ...ayah bagi masa setahun sebagai masa percubaan” kata dia lagi.
“dahtu..ape jadik lepas tu?” saya
“tapi kekasih abah ok..tak sampai setahun dia dah bole masak semua makanan kegemaran abah” dia
“kekasih saya pon begitu abah..paling saya suka ikan asam pedas dia” saya
“bagus la kalau camtu…tapi kalau dalam masa setahun setengah tu dia gagal dalam masa percubaan..carik aje yang lain..yang pandai masak…dan yang penting..cantikkkk” kata dia sambil ketawa

“owhhh..macam tu rupanya..kalau berani..buat lah..nanti saya potong” kata kekasih saya sambil menunjukkan pisau ditangan.

“ermmm..kalau mcm tu dua-dua pon tak dapat lah ye..baik awak maupun honey tu?...kesian..kempunan” saya.

Kami semua ketawa berderai..arghhh..saya suka keluarga ini…J

Monday, August 11, 2008

_kami bergaduh_

Kami makan disebuah Restoren di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Saya memesan Grilled Lamb Chop manakala kekasih saya memesan Spaghetti Bolognaise. Air yang sama kami pesan..Lemon Tea tanpa ais. Kami duduk di satu meja yang sama tapi kekasih saya duduk jauh dari saya. Ermmm…

Datang pula pelayan manis menyapa.
“Akak, nape duduk jauh-jauh?” dia
“Kami bergaduh” jawab saya sambil tersengih-sengih
“Owhhhh..bergaduh” jawab dia penuh kehairanan

Ehhhh..tak..kami tidak bergaduh…ngee….Cuma kekasih saya tidak tahan dengan bau black pepper sauce makanan yang saya makan la…kasihan…..

Nota:
Nasib baik la dia tidak tahan dgn bau Black Pepper Sauce Lamb Chop saya itu…tidak seperti teman saya…setiap hari isterinya mengidamkan Lamb Chop atau Chicken Chop..pendek kata makanan barat. tak ka naya namanya tu…hehehe

Tuesday, August 5, 2008

_gila_

Hujung minggu yang agak sibuk. Selesai menghadiri majlis perkahwinan di kota singa, kami pulang ke kampong. Majlis perkahwinan disana agak berbeza dari kita kita disini. “dresscode” hari itu bertema bollywood. Sana sini hadirin memakai baju ala-ala pelakon hindi. Kami? Kami cuma memakai baju biasa-biasa. ngeee. Tambahan, saya sudah tiada mood bila sampai disana. Rombongan kami ditahan selama hampir sejam setengah oleh pegawai imigrasi kerana seorang pembantu rumah. Heh!

Alasan mereka cuma kerna namanya yang pendek..sungguh tidak masuk akal. dari asal usul hingga la ke organisasi yang pernah dia masuki. Oiiiii…kami tidak hire terrorist sebagai pembantu rumah la…gilaaaaa

Tidak cukup dengan itu..semasa memasuki Malaysia juga kami menghadapi perkara yang sama. alahaiiiii

Nota:
Bulan depan mula membayar parking rm150 setiap bulan. ini lagi lah gilaaa...