Wednesday, April 29, 2009

_yuyi_

Semalam hari yang cukup gelabah buat kami. Kebetulan semasa saya menelefon kekasih saya, Arissa sedang mula merengek-rengek. Jadi saya tidak berasa apa-apa yg pelik. Tetapi setibanya dirumah, Arissa sudah mula menangis tanpa henti. Seperti selalu-selalu, bila pulang, saya akan terus ke bilik air dahulu dan kedapur. Itu menurut petua orang tualah. Wallahualam. Saya cuma “ikut” selagi dia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip saya.

Sehingga ke jam 8.15pm, Arissa masih lagi menangis. Kuat pula tu. Seperti dipukul atau dicubit lagaknya. Kami sangat cuak. Saya dan kekasih sahaja dirumah. Mentua ke Kuala Terengganu kerna urusan Konvokesyen adik ipar saya. Panik, cuak, gelabah…semua perasaan itu ada pada kami. Kami menelefon jiran kami, Minta bantuan beliau. Mujurlah IBU datang segera. Arissa kembung perut katanya. Perut Arissa berbunyi gendang. Jadi IBU menyapukan minyak “yuyi” di perut dan telapak kaki Arissa sambil meletakkan perut Arissa dikepalanya dan diiringi selawat sebanyak 3 kali. Arissa mula diam bila IBU membaringkan Arissa pada posisi meniarap sehinggalah dia tidur. Selang 2-3 jam selepas itu Arissa bangun. Untuk menyusu, seperti selalu-selalunya seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Kamu membuat kami berdua sangak cuak la nak! Haihhh.

Aku mula membayangkan, jika cuma kekasih dan Arissa sahaja dirumah baru kami nanti. Apa lah reaksi kekasih saya mahupun saya ketika itu. Aduhhhh…seriauuuu gueeee..:(

Bak kata seorang teman…”kalau Arissa melalak seperti itu…korang melalak samalah dengan dia..maybe dia diam kot nanti”….Ishhh…dia ni memang nak kena ni…hahaha


Nota:
Dia sudah pandai senyummm..heaven. hahahaha

Monday, April 13, 2009

_stress_

Petang selesai kenduri aqiqah minggu yang sudah saya mendapat demam. Bayangkan tiada rehat yang cukup. Dengan kekasih yang baru melahirkan, ditambah Arissa yang keluar masuk hospital dan majlis Aqiqah dan ditambah lagi dengan urusan rumah yang perlu diuruskan sebelum hujung bulan ini. Saya kira itu sudah cukup buat saya stress yang melampau. Tekanan darah juga naik. Tuan dokter saya cakap tinggi. Tekanan darah saya mencecah 150/90. tuan dokter mengarahkan saya mengambil semula bacaan selepas saya pulih dari demam. Saya bercadang mengambil tekanan darah saya pada minggu hadapan. Mungkin. Bermacam-macamla petua saya buat. Antaranya meminum jus peria katak. Pahit bukan main. Haih~~

Mungkin saya kena berehat yang panjang. Seminggu barangkali. Untuk diri saya supaya segalanya kembali kesedia kala. Adehhhh.

Monday, April 6, 2009

_Aqiqah_

Majlis : Aqiqah dan Cukur Jambul
Masa : 10.30am (Ahad)
Lokasi : Lot 3046








Wednesday, April 1, 2009

_rumput_

“u..u kat mana?” kata dia
“I ada kat rumah ni” kata aku
“wat ape?” dia
“tanam rumput” jawab aku ringkas
“owhhh..bagus la..orang tanam pokok bunga, sayur atau pokok-pokok lain tapi u pulak tanam rumput ehhh?” jawab dia sambil ketawa…seperti selalu
“nak buat camne..tanam rumput aje yang tau…hahaha” kata aku mengakhiri perbualan…


haihh....itu hanya sekadar perbualan ringkas saya dan kekasih saya disamping sedikit aktiviti sebelum perpindahan kerumah kami kelak. Disamping "Exercise", dapat la jugak saya memelihara alam sekitar. jadilah dengan menanam rumput dihalaman rumah supaya tampak lebih kehijauan. bukan apa, "earth hour" yang lalu pun saya tak berpeluang nak lakukan (alasan saya concrete ok!), jadi ini mungkin bole dikira sedikit "contribution" saya terhadap alam bukan? hahahaha

p.s:
Ermmm..sekadar pertanyaan disamping perasaan amarah yang meluap2 dimasa ni. Ape perasaan korang kalau tanam rumput, lepas tu ada kucing berak. Bukan setakat atas rumput aje, depan pintu utama pon dia berak jugak. Kurang adab betul kucing tu. Siapla ko…kalau aku jumpa ko nanti, aku sumbat-sumbat montot ko dengan berus dawai.Baru ko terjerit-jerit mintak amponnn… Haihh~~~

Friday, March 27, 2009

_padan muka aku_

Saya agak kelam kabut hari ini. Agak lewat dari hari-hari yang terdahulu. Masuk tol Elite dan ke highway NKVE. Jalan punya jalan. Jalan punya jalan. Saya rasa kiri kanan saya agak asing. Kenapa ada pulak simpang kiri ke Ipoh dan kanan ke KL ni? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…salah jalan la wei. Tu lah. Berangan lagi dalam kereta. Kan dah terbabas. Patutnya saya keluar ke kiri tadi untuk ke damansara. Dusss..terasa bodoh sekali. Kalau saya cerita orang kat rumah tu. Pasti dia ketawa berdekah-dekah lagi. Hahahahaha…padan muka aku. haihhh~~~

p.s:
Arissa beransur pulih. Level kuning dia sudah banyak turunnya. Alhamdulillah. hari ini kata puan dokter kena check lagi. dan jika semuanya ok, hari ini hari terakhir dia check untuk kuning. tapi pemantauan perlu dilakukan juga.

Friday, March 20, 2009

_Arissa Adani_

Salam.

Alhamdulillah. Bayi kami dilahirkan pada 12/03/09 yang lalu. berat 3.1kg. Tapi kekasih terpaksa melahirkan melalui pembedahan walupon pada awalnya dia ingin bersalin secara normal. Setelah berjuang selama hampir 45 minit dan baby tidak dapat dilahirkan secara normal (tali pusat dileher), puan dokter telah melakukan pembedahan untuk mengelakkan baby dari menjadi lagi lemah. Pada pukul 9.05pm, Arissa Adani telah dilahirkan. Semoga dia mempunyai keazaman dan budi pekerti yang tinggi seiring dengan namanya. Syukur kehadrat yang Maha Esa. Ini merupakan hadiah di hari lahir saya yang paling besar dan penuh bermakna..Alhamdulillah.





Nota kaki:

Arissa ditahan di wad semenjak isnin yang lalu kerana kuning. Doakan dia ye kawan2 agar cepat sembuh. Saya dan kekasih saya sangatlah khuatir. Dan jika kawan-kawan punya petua yang bole dikongsi..dipersilakan. Thanks..:)

Thursday, March 12, 2009

_Ermmm_

“ Selamat Hari Lahir Sayang…”
Arghhh..agak lupa saya dengan tarikh keramat ini sehingga satu kucupan hangat didahi. Terima kasih Sayang…

Kenapa lupa? Banyak faktor. Satu daripadanya disebabkan faktor usia. Tapi takpe…umur sudah tidak significant pada saya. Ia cuma angka bukan? Confirmed denial ye tak? Hahaha…

Syukur tuhan atas umur yang dipinjamkan ini. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala-galanya..aminnn

Update utk kak lily:
Kekasih ok sahaja..puan dokter ckp deliver minggu ni atau minggu depan. How I wish saya dan baby berkongsi tarikh harilahir yang sama…huhuhuhu

Tuesday, March 10, 2009

_ah long arrrr_

trit trit...trit tritt
"hello...lu sudah dapat sms gua?" kata dia
"huh..sms apa?" kata saya
"lu bila mau pinjam uwang?" kata dia lagi
"owhhh..lu ah long arrr?..nanti la saya telepon bila saya mau pinjam..100k boleh ka?" kata saya
"wahhh..itu banyak lagi boleh wooo.." kata dia nada gembira
"ok lah..nanti saya nak pinjam saya telepon ok..bye" kata saya mengakhiri perbualan
"bye"

cehh..siapa-siapa aje lah bagi no aku kat ah long ni..memang nak kena sungguh...haihhhh~~~

Monday, March 2, 2009

_gelinya_

“I tak suruh derang anggap i idol derang”
“I tau batas I..kami ada keluarga masing-masing”
“Apa derang nak katakan biarlah”
Pok pek pok pek..jawab perempuan tu.
Owhhh..tu antara dialog yg dikeluarkan seorangpelakontuataksedardirialaalacakaporangputih kat satu rancangan television swasta tengah hari semalam. Gelinyeeeeeeeeeeeeeeeee

Nota kaki:
harap dijauhkan.

Wednesday, February 25, 2009

_10 malam_

Si kekasih ada diruang tamu. Tengah bersidai. Almaklumla. Mengah dia hendak mengusung perut kesana kesini. Saya tidak kisah. Janji dia ok. Malas mahu menyusahkan dia. Saya? Owhhh…saya ada di dapur. Potong bawang, hiris lada, hiris lobak, hiris daun sup, hiris udang dan menumbuk-numbuk bahan-bahan tadi menggunakan lesung. Selepas itu, saya bancuh bahan-bahan tadi bersama tepung cap “Sauh” menggunakan air suam. Itu petua dari mak saya.

Arghhh..payah juga. Tapi nak buat macam mana. Nafsu serakah saya tidak terbendung untuk memakan jemput-jemput udang bercecah sos cili malam ini. Jam didinding menunjukkan pukul 10 malam. Cuba kamu bayangkan. Lelaki seperti saya pada jam begini sibuk menggoreng jemput-jemput udang untuk dirinya sendiri…sudah tentu sangat comelkan?....hahaha