Tuesday, April 17, 2012

_masalah_

Salam,

ok..masalahnya agak remeh...kot..tolong bagi sesiapa yang ada pengalaman seperti ini tampil memberikan input (ecehhhh..ayat skema siot...hahahaha)...

Masalah Satu,
Adam menghampiri setahun Insya Allah bulan hadapan...kami sangat-sangat menghadapi kesukaran untuk memberi dia makan..bermacam2 cara kami telah lakukan..bubur la.kentang la..lobak la..sayur la..dia hanya akan menerima makanan sesuap dua sahaja dan selepas itu terus memalingkan muka atau mengatup mulut serapat yg boleh...siapa yg tidak geram kan...hahahaha...

Masalah Dua,
Bagaimana mengelakkan untuk dia sentiasa mahu didukung/gendung?

jawapan sgt2 dihargai dgn ucapan terima kasih...itu pon kalau ada lagi yg membaca blog buku nota ni la kan...hahahaaha

owhhhh..permasalahan pertama saya rasa tiada kaitan dgn tumbuh gigi atau pelbagaikan corak pemakanan beliau sbb itu semua telah kami lakukan..:)

Arissa dahulu pon mempunyai masalah yg sama cumanya tidak seperti ini tp bila membesar selera itu semakin ada..Alhamdulillah..cumanya kami risau..berat si Adam pon sudah dibawah graf..haishhhhhh