Friday, November 27, 2009

_5 tahun_

Selamat Hari Raya AidilAdha buat kengkawan. Kami balik kampung lagi kali ini. Tiada sesiapa diklang kerna kedua mentua saya pergi ke mekah menunaikan Haji disamping menjadi tetamu Allah. Semoga mereka memperoleh Haji yang mabrur..amin

Perancangan terlalu banyak kerna kami tidak pernah balik kampung selepas hari raya aidilfitri yang lalu. Bukan tidak mahu, kami sibuk (poyo gila) disamping datuk arissa yang kerap datang menjengah. cuma nenek arissa sahaja yang tidak pernah bertemu arissa sepanjang 2 bulan ini. kangen katanya...hehehe

Jika di-izinkan Allah. kami akan ke mersing petang hari raya ini. memenuhi jemputan biras ayah disana. tidur disana sambil makan-makan angin...hehehe

owhhhhh...hari raya aidil adha juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami (27/11/04) yang ke 5. Alhamdulillah..kehidupan kami diserikan dengan kehadiran si kecik Arissa..Alhamdulillah. Semoga semuanya panjang berkekalan dan diberkati Ilahi...Aminnnn

Ntah apa la yang lawak sangat..sampai si budak kecik tu dok ternganga dibuatnya...hahahah


Alhamdulillah....

p.s:
mahu ke Mersing, JB dan BP pada hari jumaat sabtu dan ahad. Ahad pula pulang ke Shah Alam...must be tiring...haihhhh

Monday, November 9, 2009

_tanpa tajuk_

Saya tiada apa yang ingin di-update-kan. Sekadar gambar-gambar lama Arissa dari berumur 4 hingga ke hampir 8 bulan. Alhamdulillah luka dijari manis akibat melecur sudah beransur pulih. malah sudah kering. menunggu luka yang sudah kering itu tanggal sahaja...:)


































Monday, November 2, 2009

_maafkan kami ye sayang_

Lokasi : No 49 BBS
Masa : 1.30pm

Saya baru selesai sedikit perbincangan pada beberapa petang yang lalu. Tiba-tiba telepon tangan berdering. Kedengaran suara kekasih menangis dihujung telefon

Dia : Abang…(sambil tersedu-sedu)…
Saya : Nape?
Dia : Tangan Rissa kena kuali panas (selepas dia sampaikan baris ayat tu..terus dia menangis teresak sambil suara Arissa jelas kedengaran dihujung telefon)
Saya : Ok-ok…abang balik sekarang jugak!!!

Sampai dirumah…Rissa sudah tidur. Saya kucup bibir rissa yang mongel. Dia sedar dan teresak-esak. Seperti mengadu. Kemudian dia sambung tidurnya kembali. Saya kata kepada Rissa…

“mummy tidak sengaja nak..maafkan kami”

Dia sedar dalam mai mai. Menoleh. Senyum dan menyambung tidurnya kembali…Maafkan kami sayang!!!..:((

Monday, October 26, 2009

_entry tertunda_

Ini adalah gambar2 ketika raya yang lalu. ye..ye..saya tahu. ia sudah berlalu...tapi sekurang2nya saya masih update lagi kan? hehehehee



















Thursday, September 17, 2009

_selamat hari raya aidilfitri_

Sebulan hampir berlalu, di kesempatan ini, saya (Zainal Abidin), Cik Puan Siti Nurul Aisyah dan Arissa Adani ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang memandu, memandu dengan penuh berhati-hati. Ingat orang yang tersayang ok..:)

Kami akan pulang ke kampung esok (jumaat). Insya-allah. Persiapan untuk berhari raya more to si kenit sorang ni. dari ke sebesar-besar barang dan sampailah ke sekecil-kecil barang. keterujaan tu kami tidak dapat gambarkan dengan kata-kata. Pertama kali beraya bersama orang baru. permata hati kami. Arissa Adani.

She has a mild fever (only at nite) since 4 weeks back. Sudah merata kami pergi. Dari klinik biasa sehinggalah ke Klinik pakar. Blood after blood. keputusan alhamdulillah tiada apa-apa sehingga dokter di Klinik pakar tu kata, "For me, she is fine. Healthy and kalau dia demam sure dia sudah FLAT kalau demam for almost 4 weeks. but she looks good and active".

Kata-kata pediatric tu sedikit melegakan. tapi sebagai ibu dan bapa, tentunya kami risau. walaupun dia tidak merengek atau meragam, surely there is some explaination for that. Betul tak? Apa-apa pon, kami tetap percaya, insya-allah, she will be fine. mungkin budak-budak kecil memang sebegitu..bermacam-macam kerenah...:)

Eid Mubarak...:)

Wednesday, August 26, 2009

_cik sri siantan_

Cik Sri Siantan,

Terpanggil saya menulis surat ini untuk menyatakan kerisauan saya pada cik sri siantan. Saya sudah berkahwin dan punya seorang anak lelaki. Pada masa ini, hanya saya yang berkerja dan isteri saya adalah surirumah sepenuh masa. Kami telah berkahwin kira-kira setahun setengah yang lalu atas dasar suka sama suka dan menetap dirumah mentua saya di lembah kelang. Permasalahan saya, sejak kebelakangan ini, mertua saya kelihatan tidak begitu menghiraukan saya dan malah saya kadang kala di sindir sedangkan saya tidak tahu hujung pangkal ceritanya. Buat pengetahuan cik sri, saya pernah menyuarakan hasrat hati saya untuk keluar dari rumah mentua saya supaya kami boleh merasai sendiri pahit maung hidup berkeluarga secara sendiri tanpa campur tangan orang lain. Mungkin itu menjadi punca mentua saya menjadi sebegitu. Pernah ada ketika saya dilayan seperti orang asing. Pernah juga saya seakan dijauhkan dari anak saya sendiri mahupun dari isteri saya. Saya dapat rasakan isteri saya berada di pertengahan antara suami dan seorang ibu. Dia juga tertekan. Malah dia pernah memberitahu hal berkenaan kepada ibu saya sendiri.

Untuk dibawa berbincang, saya rasa itu amat sukar. Dia bukan jenis sebegitu (mentua saya). Keras kepala dan sombong saya kira. Hendak saya bawa isteri saya keluar dari rumah. Saya bimbang dengan tekanan yang isteri saya akan alami. Malah sekarang, kami suami isteri terpaksa berjumpa secara sembunyi-sembunyi. Berjumpa dengan anak saya sendiri pon terpaksa berbuat yang sama. Ibu mertua saya juga melarang anak saya berjumpa dengan neneknya (ibu saya). Saya buntu. Itu juga yang menyebabkan saya nekad menyewa diluar. Hasrat dihati ingin membawa isteri dan anak kesayangan, tapi memikirkan keadaan isteri saya, saya jadi kasihan. Tapi saya perlu juga kasihan terhadap anak dan diri saya sendiri. Hidup sendirian tanpa anak dan isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Saya berharap permasalahan saya mendapat perhatian dan “respond” dari pihak saudara/saudari.
Sekian,

Abu dan timah
(bukan nama sebenar)

p.s:
ye sila-sila beri pandangan bagi membantu abu dan timah..kesian dia..huhuhuhuhu

Thursday, August 20, 2009

_5 months_

Salam,

Malas betul saya mahu mengupdate blog...tapi saya ada di FB setiap hari..sibuk bercucuk tanam. hahahaha. here it is, Arissa at 5 mnths. dia dapat demam campak last week dan alhamdulillah dah ok dah except mild fever at nite. i just wonder why at nite? coz its been happening for almost 2 weeks! any advice? blood test tu dah amik for 2 times dan doctor cakap normal tpi mild fever waktu malam tu tak juga surut..haihhhh













Wednesday, July 29, 2009

_asap_

Petang yang hening. Tiba-tiba asap berkepol-kepol didalam rumah. Ape kejadahnya la jiran disebelah sana membakar semak samun di hadapan rumah. Si tuan rumah tidak berkata apa, lalu dia menelefon si pembakar semak tersebut. Cuma sebaris ayat..”kenapa?” Tanya si tuan rumah. Jawapan dia hanya ringkas..”ada ular”..seringkas itu. Namun perkara bodoh-bodoh seperti itu bisa mengusutkan silaturrahim yang terjalin sebelum ini walaupun si tuan rumah terpaksa bermuka-muka dengan kurang ajar si pembakar semak.

Selang beberapa jam kemudian, si pembakar semak datang kerumah. Kebetulan tuan rumah kesurau. Dia lalu pulang dengan hampa. Dia datang lagi selepas itu. Meracau. Menarik baju tuan rumah tanpa rasa bersalah. Dia kata..”aku akan keluar dari tanah LOT ini jika aku tak dapat tumbangkan kau”..itu kata dia tapi parang ditangan tidak juga menusuk. Biasalah..ada kalanya manusia tu hanya berkata-kata. tong kosong. Dalam masa yang sama jiran-jiran sekeliling datang menerpa. Meleraikan.
Ke-esokkanya dia datang kerumah sekali lagi. Meminta ampun disebabkan dia hilang pertimbangan disamping desakan isterinya supaya datang meminta maaf. Saya juga hairan, semak dihadapan rumah..tapi kenapa pula dia yang gusar? Semak itu tidak seberapa. Tidak sebegitu teruk yang kamu, kamu dan kamu bayangkan. Selama tinggal disitu, tuan rumah tidak menghadapi apa-apa. Terjumpa cik ular pun tidak pernah walau sekali. Minta dijauhkan simpang juga. Tapi hakikatnya itulah.
Saya banyak membuat andaian, mungkin dia “mentally disorder”.


Ahad yang lalu, ada majlis di rumah jiran sebelah. Kebetulan tuan rumah dan pembakar semak juga dijemput hadir. Ramai jiran-jiran sekeliling juga dijemput. Si pembakar semak punya suara yang kuat didalam majlis tersebut. berseloroh dengan tuan rumah seakan tiada apa yang terjadi sebelum ini. Si tuan rumah dan tetamu lain hanya memandang, ada juga yang mencebik. Biarlah.
Hendak sahaja saya berkata..”hei brader…lain kali kalau nak buat sesuatu..pikir elok-elok..kamu fikir..meminta maaf sebegitu bole membuatkan tuan rumah lupa dalam sekelip mata? Ada otak tu fikir-fikirla..jangan meracau tak tentu hala!”..itu kata hati saya la..manusia memang macam-macam. Ini satu macam diantaranya.

Nota:
Kenapa saya peduli? Owhhh..didalam asap kepol-kepol tu ada Arissa. Bila tuan rumah mencium Arissa. Arissa berbau asap. Tuan rumah tidak memikirkan habuk-habuk hitam berterbangan akibat pembakaran itu. Apa yang dia hanya fikirkan hanyalah kesihatan Arissa and that tuan rumah happened to be her “Grandfather”…..wasallam

Monday, July 20, 2009

_4 bulan la_

Arissa pada usia 4 bulan. dia sudah pandai meniarap. cuma kadang-kadang hilang kawalan. hahahaha. dia juga sudah pandai menggapai rambut. terutamanya rambut ibunya. saya duduk berjauhan dari Arissa buat masa ini. dia di klang dan saya pula di shah alam. untuk berulang alik dari klang ke damansara adalah sesuatu yang agak mustahil. jem..jem dan jem. itu untuk sementara, mungkin seminggu dua ni. alahaiiiii








Thursday, July 9, 2009

_satu lagi_

Lokasi : No 49, BBS
Masa : 9.30 pm


“ Arissa dah nak masuk 4 bulan dah skrg ni” kata dia
“A’ahhh..cepat betul masa berlalu..dulu I ingat lagi masa u mabok-mabok…terboyot-boyot bawa dia kesana kemari. keluar masuk hospital..bla bla bla bla” jawab saya
“u tau tak?..kata lah I nak beranak hujung bulan 12 next year I kena conceive bila ehh?” tanya dia
“huh!” aku terlopong.
“u tak suka?” kata dia
“lagi ok…biar kecik-kecik then dah besor senang. Kira susah tu sekali aja..tak berpanjangan” jawab saya
“Ok..Good…tu azam kita tahun hadapan ehh?” jawab dia
“Boleh dong…hahahaha” jawab saya
Doa kan azam kami terlaksana ok…dah ada green lite ni….hahahahaha