Monday, January 21, 2013

_bandung_



Tarikh: 24-28 Dec 2012
Lokasi: Bandung, Indonesia
Penginapan: Retanata Guest House, Bandung

      Ok…ini kali kedua kami ke bandung. Plan asal mahu ke tempat lain. Nampaknya tak menjadi sebab ongkosnya. Tahun hadapan la kot bila semua keadaan selesa. Hahaha

  4 hari disana. Apa yang bole dikatakan tentang bandung…rasanya sama seperti mereka-mereka yang pernah kesana sebelum ini. Tempat untuk menghabiskan duit untuk keperluan anak-anak. Pergi cuma 20 kilo..balik pula mennjadi 40 kilo…yoshhhh

            Pada saya…untuk menaiki kapalterbang ni…anak-anak sekurang-kurangnya sebaya Arissa (Almost 4 yrs)…senang dikawal. Masa kami hendak kesana…Adam yang membuat perangai...luckily for 15 mins…melalak didalam flight kerana mencari keselesaan untuk tidor. Balik pula…Arissa terkena muntah-muntah seawal dikapal terbang ketika mahu pulang ke Malaysia. Habis terlepak dia didalam flight. Nasib baiklah Adam tidak terkena sama.

           Cirit birit dan muntah-muntah itu berjangkit ke Adam selepas 2 hari kami pulang. Kasihan si Adam. terlepek…selera makan kurang. Nasib baikla susu ok sahaja. Kalau tidak mahu masuk hospital seperti tempoh hari. Gambar-gambar dibawah diambil ketika kami disana. Mostly gambar kekanak Ribena tu sahaja sebab mereka berdualah yang paling happy…happy sebab dapat baju raya segerobok gamaknya…hahahaha