Wednesday, May 7, 2008

::BaU TaNaH::

“Mas..mau cari apa?” kata seorang pelayan disebuah toko (kedai)
“Saya cari kamu!!!” jawab aku selamba
“A’hhh…mas bercanda” jawab dia malu-malu
Maaf..babak itu hanya berakhir disitu…tiada pertukaran no hp atau seumpamanya dilakukan…tapi dia manis, cantik dan baik...sayang bagi gadis secantik dia hanya pelayan di toko2 disana.


Owhhh..aku baru pulang dari Indonesia selama seminggu. Banyak perkara/benda yang aku timba. Tentang kehidupan masyarakat disini. Perjalanan semingggu tanpa hala tuju yang pasti. Dari Bandar ke ceruk kampong. Hanya untuk melihat kehidupan masyarakat. Tapi aku puas..kerana dapat belajar tentang erti kehidupan. Sungguh benar kata orang, walau seindah mana negara orang. Negara sendiri jugak pasti dikenang.

Nota kaki:
Teringat aku kata seorang tua…”Orang muda tak perlu memakai minyak wangi segala kerana mereka masih muda…apa-apa pon melekat dibadannya akan kelihatan cantik dan rapi..tapi bagi kami yang sudah tua ini…kami perlu sentiasa bersih dan wangi kerana badan kami sudah berbau tanah..jadi kami perlu sentiasa mandi dan kelihatan sentiasa kemas”…arghhh..sungguh tajam berbisa kata2 itu

7 comments:

Khairi Mohd said...

nape bro, dah ada bau2 tanah ke badan ko hehe..

Anonymous said...

pada aku..bau tanah sentiasa ada dr muda smpi ke tua...hahaahaha..kena selalu berjaga2..:p

Lily Abdullah said...

Ye betul tu bau tanah tak kira tua muda. Putik kelapa lagikan gugur :p

Asal kita pun dari tanah,kembali pun ke tanah jua.

ps: takde tanah nak tanam ubi ni(kes beras naik harga):p

NONIE AZIZ said...

hahahah...aku setuju ngan ko...tak kira tua tak muda...kita mmg ada bau tanah...ko kena tag...sila ke blog aku...

Anonymous said...

WL,
teringat pasal putik2 ni..seorang teman kehilangan anak yg baru lahir kedunia 2-3 hari...takziah utk beliau.

Nonie,
aku cover bau tanah dgn perfume la MR..walaupun aku tau mmg xleh nak cover dah..dah tengah hari dah...hahaha

Anonymous said...

aku mmg guna sabun yg diperbuat dr tanah pokcik.

Anonymous said...

pn cippp,
bagusla kalau mcm tu cippp...:)