Wednesday, February 25, 2009

_10 malam_

Si kekasih ada diruang tamu. Tengah bersidai. Almaklumla. Mengah dia hendak mengusung perut kesana kesini. Saya tidak kisah. Janji dia ok. Malas mahu menyusahkan dia. Saya? Owhhh…saya ada di dapur. Potong bawang, hiris lada, hiris lobak, hiris daun sup, hiris udang dan menumbuk-numbuk bahan-bahan tadi menggunakan lesung. Selepas itu, saya bancuh bahan-bahan tadi bersama tepung cap “Sauh” menggunakan air suam. Itu petua dari mak saya.

Arghhh..payah juga. Tapi nak buat macam mana. Nafsu serakah saya tidak terbendung untuk memakan jemput-jemput udang bercecah sos cili malam ini. Jam didinding menunjukkan pukul 10 malam. Cuba kamu bayangkan. Lelaki seperti saya pada jam begini sibuk menggoreng jemput-jemput udang untuk dirinya sendiri…sudah tentu sangat comelkan?....hahaha

Monday, February 16, 2009

_Hospital_

Jumaat Malam sabtu aku bergegas ke Melaka..menemui si budak danish. Gambar dibawah menceritakan segalanya. haihhh...aku pon tak dapat detail. yang aku tau dia kena cirit birit. duduk kat wad for 3 days. poor him.

Wednesday, February 11, 2009

_tebas_

Saya pulang kerumah No 10. Sebetulnya dari menebas rumput-rumput dihadapan rumah baru kami. Letih. Peluh menitik. Lapar dan dahaga. Datang si kekasih membawa air “sunkuik”. Nyaman. Ada air batu. Banyak cawan jugak saya minum.

“uuuu..i tengok perut u kecik beberapa inci la…baru aje beberapa jam u pergi menebas..nanti bole jadi ramping macam dulu kan?” kata dia sambil ketawa berdekah-dekah..seperti selalu..

Haihhhh…

Friday, February 6, 2009

_3 hari_

Saya rasa makan sebelum bersembahyang jumaat adalah perbuatan yang patut dijauhi. Saya jadi seperti burung belatuk. Tuk tuk tuk…haihhhh

Selamat berhujung minggu yang panjang ye..:)