Wednesday, July 29, 2009

_asap_

Petang yang hening. Tiba-tiba asap berkepol-kepol didalam rumah. Ape kejadahnya la jiran disebelah sana membakar semak samun di hadapan rumah. Si tuan rumah tidak berkata apa, lalu dia menelefon si pembakar semak tersebut. Cuma sebaris ayat..”kenapa?” Tanya si tuan rumah. Jawapan dia hanya ringkas..”ada ular”..seringkas itu. Namun perkara bodoh-bodoh seperti itu bisa mengusutkan silaturrahim yang terjalin sebelum ini walaupun si tuan rumah terpaksa bermuka-muka dengan kurang ajar si pembakar semak.

Selang beberapa jam kemudian, si pembakar semak datang kerumah. Kebetulan tuan rumah kesurau. Dia lalu pulang dengan hampa. Dia datang lagi selepas itu. Meracau. Menarik baju tuan rumah tanpa rasa bersalah. Dia kata..”aku akan keluar dari tanah LOT ini jika aku tak dapat tumbangkan kau”..itu kata dia tapi parang ditangan tidak juga menusuk. Biasalah..ada kalanya manusia tu hanya berkata-kata. tong kosong. Dalam masa yang sama jiran-jiran sekeliling datang menerpa. Meleraikan.
Ke-esokkanya dia datang kerumah sekali lagi. Meminta ampun disebabkan dia hilang pertimbangan disamping desakan isterinya supaya datang meminta maaf. Saya juga hairan, semak dihadapan rumah..tapi kenapa pula dia yang gusar? Semak itu tidak seberapa. Tidak sebegitu teruk yang kamu, kamu dan kamu bayangkan. Selama tinggal disitu, tuan rumah tidak menghadapi apa-apa. Terjumpa cik ular pun tidak pernah walau sekali. Minta dijauhkan simpang juga. Tapi hakikatnya itulah.
Saya banyak membuat andaian, mungkin dia “mentally disorder”.


Ahad yang lalu, ada majlis di rumah jiran sebelah. Kebetulan tuan rumah dan pembakar semak juga dijemput hadir. Ramai jiran-jiran sekeliling juga dijemput. Si pembakar semak punya suara yang kuat didalam majlis tersebut. berseloroh dengan tuan rumah seakan tiada apa yang terjadi sebelum ini. Si tuan rumah dan tetamu lain hanya memandang, ada juga yang mencebik. Biarlah.
Hendak sahaja saya berkata..”hei brader…lain kali kalau nak buat sesuatu..pikir elok-elok..kamu fikir..meminta maaf sebegitu bole membuatkan tuan rumah lupa dalam sekelip mata? Ada otak tu fikir-fikirla..jangan meracau tak tentu hala!”..itu kata hati saya la..manusia memang macam-macam. Ini satu macam diantaranya.

Nota:
Kenapa saya peduli? Owhhh..didalam asap kepol-kepol tu ada Arissa. Bila tuan rumah mencium Arissa. Arissa berbau asap. Tuan rumah tidak memikirkan habuk-habuk hitam berterbangan akibat pembakaran itu. Apa yang dia hanya fikirkan hanyalah kesihatan Arissa and that tuan rumah happened to be her “Grandfather”…..wasallam

Monday, July 20, 2009

_4 bulan la_

Arissa pada usia 4 bulan. dia sudah pandai meniarap. cuma kadang-kadang hilang kawalan. hahahaha. dia juga sudah pandai menggapai rambut. terutamanya rambut ibunya. saya duduk berjauhan dari Arissa buat masa ini. dia di klang dan saya pula di shah alam. untuk berulang alik dari klang ke damansara adalah sesuatu yang agak mustahil. jem..jem dan jem. itu untuk sementara, mungkin seminggu dua ni. alahaiiiii








Thursday, July 9, 2009

_satu lagi_

Lokasi : No 49, BBS
Masa : 9.30 pm


“ Arissa dah nak masuk 4 bulan dah skrg ni” kata dia
“A’ahhh..cepat betul masa berlalu..dulu I ingat lagi masa u mabok-mabok…terboyot-boyot bawa dia kesana kemari. keluar masuk hospital..bla bla bla bla” jawab saya
“u tau tak?..kata lah I nak beranak hujung bulan 12 next year I kena conceive bila ehh?” tanya dia
“huh!” aku terlopong.
“u tak suka?” kata dia
“lagi ok…biar kecik-kecik then dah besor senang. Kira susah tu sekali aja..tak berpanjangan” jawab saya
“Ok..Good…tu azam kita tahun hadapan ehh?” jawab dia
“Boleh dong…hahahaha” jawab saya
Doa kan azam kami terlaksana ok…dah ada green lite ni….hahahahaha