Saturday, November 27, 2010

_enam tahun sudah_

Hari ulangtahun perkahwinan kami ke-enam. Terima kasih Allah atas rahmatmu ini. Semoga panjang berkekalan dan dibawah Lindungan, Barakah dan Rahmatmu selalu. Buat kekasih ai..maaf..ai tak bole celebrate dgn u la tahun ni. tunggu ai pulang nanti ye. Insya-Allah awal December kita celebrate bersama chenta hati kita.

p.s:
maaf..mood jiwa-jiwa semenjak kebelakangan ni. owhhh..bukan pembawakan..tapi cuma mood jiwa-jiwa...hahaha

Thursday, November 25, 2010

-Akan Berempat-

Sekarang kami bertiga..Insya-Allah June tahun hadapan kami akan berempat pula. Alhamdulillah. Syukur nikmat atas rezeki ini.

Kali ini agak lain dari Arissa, tiada rasa apa-apa kecuali rasa sebu. Kalau dulu, makan itu, makan ini pastinya perasaan loya itu membuak-buak. Malah terhidu bau ikan pon mahu termuntah. Apatah lagi kalau saya memakai wangi-wangian. Haishh

Harap semuanya berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan olehNya..Aminnn

Tuesday, November 23, 2010

- Apa Khabar Kalian? -

Salam,

Jarak waktu yang sangat panjang. kali terakhir saya menyusun kata2 didalam blog ini kira-kira 8 bulan yang lalu. cukup lama. bukan tiada apa yang ingin dikongsikan. cuma kemalasan mengatasi segala-galanya. diharap kalian sentiasa berada dalam limpah kurnianya. :)

Salam dari perantauan,
Kadok.
Turkmenistan