Secara terlihat siaran langsung satu konsert akhir satu rancangan reality disatu TV swasta tempoh hari. Kalau tidak silap saya, malam ahad yang lalu. Ada 5 peserta kesemuanya. Pada pendapatan saya, dalam lima-lima peserta itu, hanya ada 3 peserta yang berbakat sebagai penyanyi..yang lain..ermmm..ada juga bakat tapi kurang. Itu merupakan antara episod yg saya kira bole dibilang dgn jari yang saya tonton. Bukan sombong, tapi kadang-kadang saya merasa meluat dgn penghantar-penghantar SMS yang mengundi. Saya melihat sebagai seorang pendengar yang biasa-biasa. Bukan sebagai pengkritik atau yang sangat mahir dalam bidang ini. Saya mendengar sebagai orang-orang biasa yang bole dipertikai “judgement”nya. Terus terang saya suka Nadia dan Stacy…bagi Stacy..kemenangan ini memang selayaknya utk kamu..tapi bagi Nadia..tempat kamu bukan disitu…sungguh. Tanya sahaja orang-orang sekeliling kamu..pasti dia punya pemikiran yg sama dengan saya sebagai pendengar yang biasa-biasa ini. Tapi itulah..kata orang..memang sudah rezeki kamu disitu…
Saya teringat kata-kata sepupu saya ketika kami mengadap peti TV di kampung tempoh hari. Ketika mengadap konsert itu setepatnya. Dan ketika keputusan tempat ke-3 diumumkan…
Dia : Ya Allah…kenapalah dia ni bole dapat tempat ke-3? Kenapa bukan Nadia?
Aku : Dah rezeki dia…dia kan ada rupa (mengikut kata-kata chatter kata sepupu saya sebelum ini)…pasti ramai awek-awek kat luar sana yang bermati2an mengundi dia.
Dia : Yela…undi tu undi jugak…kena tengok mcm mana.
Aku : Ehhh..dia ok apa..ada rupa sikit..suara pon se-elok rupanya kot?
Dia : Ahhh…Angsa…bla bla bla
Ayat-ayat diatas saya tiada apa untuk di katakan…mungkin dia benar sebab dia mengikuti perkembangan rancangan reality TV ini sedari awal. Tapi saya percaya..itu sudah rezeki stacy, nadia, ritz, toi dan nubhan. hehehe
13 comments:
aku sangat stuju dgn sepupu kamu itu....
ahh... dunia... mana ada adilnya...
jadi kamu sependapat dgn saya juga?
Yang paling tak sepatutnya berada adalah yg k3 dan ke 5.. tak patut sungguh
eh bukan ke 5.. ke 4 .. yg ke 5 tu kesian sungguh
bagus la kaksya kalau ada pendapat atau pemikiran yg sama..maksud saya...penonton2 atau pendengar2 biasa2 seperti kita ni..hahaha
Rancangan realiti apa tu kadok?
Hehehe!
bp, arghhhh..sudah gaharu cendana pula...:p
meh sini kita jawap;
"Owh kisah AF rupanya"
;)
pandai flurry jawap..:p
Ohhh....Ini kali pertama satu nonton konsert itu.
Lihatlah betapa tidak adilnya dunia. Bagaimana rupa begitu dipandang.
Bayangkan Si Nubhan itu menulis blog.
Alahai habislah kita.... :)
sy sependapat dgn WL..biar menyanyi seperti apa-apa...rupa jugak dipandang orang...heh
saya juga berpendapat yg sama. saya ikut dr awal rancangan ni. yg ke-3 n ke-5 tu mmg x layak msk pon. smp skrg saya tertanya2, apa kriteria yg melayakkan dua ni msk.
Dunia.. mana pernah adil..!
jgn emosi cippp..itu namanya rezeki..rezeki x disangka2...:)
Post a Comment