Saya bertemu seorang teman lama di Restoren Syed seksyen 3 Shah Alam malam tadi. Sudah hampir 2 tahun kami tidak ketemu. Banyak sungguh perubahan keatas kamu. Saya tumpang gembira. Berbicara dari soal keluarga sampai la ke soal-soal kehidupan. Sedang kami sibuk-sibuk bercerita, datang pula 2 orang hamba Allah ini. Betul-betul bersebelahan kami. Seorang berkopiah dan seorang lagi bercelana pendek. Pada mulanya kami fikir mereka hanya berbual-bual kosong. Tapi lama kelamaan suasana menjadi tegang…hingga muncul isteri si kopiah meleraikan pertikaman lidah mereka berdua. Arghhhh…kakak ini potong stim sahaja. Lama sudah saya tidak melihat pergaduhan secara “live” dihadapan mata. Selama ini hanya berpeluang menyaksikan dikaca TV. Arghhh..rugi benar saya. Ermmmm…
Jadi banyak spekulasi yang timbul antara saya dan teman saya. Tapi dari caranya…mungkin satu dendam. Tidak mungkin mereka berebut-rebut kerusi meja yang sememangnya tidak cukup pada malam ini…J
Si Celana Pendek : Oiiii…Orang Indon..datang Negara orang…jangan buat hal.
Si kopiah : Aku bukan dari Indon..aku dari Indonesia…*%$#@#$%$
Si Celana Pendek : Kalau ko tak puas hati…marilah
Si Kopiah : %^%$#!@#@$^*& (memaki hamun si celana pendek)
Si Celana Pendek : Wei..kau tak akan lepas…aku akan bunuh kau…kau ingat..kau tu ada anak bini…
Si Kopiah : Kalau kau berani..kau datang dekat sini lah..kita settle sini…
Si Celana Pendek : Pakai kopiah..ada janggut…macam kambing….
Mendengar ayat terakhir dari si celana pendek…aku tertawa sendiri…Arghhhhh…ternyata kamu berdua sama sahaja…dua-dua pon keanakkan..bergaduh dikhalayak ramai…waktu itu semua biji-biji mata menjeling ke kamu kamu berdua…kamu berdua benar-benar keanakkan…jika ada masalah besar..bukan kah lebih baik diselesaikan dengan perbincangan secara dewasa..bukan dengan memaki hamun seperti ini…haaaaa..kan dah kena bod*h dengan saya…kamu kamu berdua sama sahaja seperti anak-anak kecil…nasib baik ada isteri si kopiah meleraikan..kalau tidak..pasti saya menyaksikan pergaduhan kamu berdua..dan saya pasti menjadi sakti dibalai polis disebabkan kebod*han kamu berdua..heh
Nota kaki:
Mereka berumur lingkungan 40an..tapi masih berperangai keanak-anakkan..lihat sahaja cara mereka menyelesaikan permasalahan..seperti anak-anak bukan?
8 comments:
hurm adakah mereka sedang belatih teater ke live show ke..
klaka betul..
kalau tak dua dua sama bod** tak de lah pegaduhan bod** tersebut berlaku..haha kesian..
mmg ramai org tua yg mcm budak2..
aku pernah dengar..
A: ko ada janggut... macam kambing..
B: ko janggut tak de... misai tak de... macam bab*...
erkkk.... ades...
kunang2mlm,
masa tu mcm ada buat drama...x bertumbuk aje...nasib baik la bini si kopiah leraikan..kalau idak..tgk drama free...hahaha
TM,
bab* mmg xde janggut dgn misai ekk?hahaha..sungguh anak2
kelako ek.. dah tua2 pon begitu.. hehehe tapi sebab apa eh dorang gado *makcik wok hehehe*
dia org gaduh x pasti sbb ape ayu..dendam lama kot..derang aje yg tau..:p
ko tak join skali "main tarik-tarik rambut" tu ke? hehehe...
kalo haku ada kat tempat ko, cepat2 haku tukar baju pengadil WWE....muahahaha!!!
archiq,
aku x suka join..aku ske join..hahaha
wira,
hahaha...masa tu dia bertegang leher je wira..camne nak tuko baju pengadil...:p
Post a Comment