Thursday, September 4, 2008

_Jiwa saya sangat kacau_

Biar saya tulis dengan ringkas. Kadang-kadang, sebagai manusia yang biasa-biasa. Pabila kita berada pada satu situasi yang membuatkan kita berada dipersimpangan dan sangat payah kita hendak membuat keputusan, dan kadang-kadang, pabila keadaan terlalu mendesak. Kita cenderung membiar perkara itu berlalu dengan masa atau membuat keputusan tanpa rasional atau pertimbangan yang waras. Biar sahaja masa yang menentukan walaupun kita sudah tahu apa keputusannya nanti. Lagipun apa pilihan yang saya ada? Denial? Ya..mungkin itu yang lebih tepat. Apakan daya, saya hanya manusia yang biasa-biasa. Jiwa saya sangat kacau. Saya sangat tidak suka berada di dalam situasi begini.

Nota kaki:
Owhhh…entry diatas merujuk kepada seorang teman. Teman, kamu perlu bersabar. Saya? Ehhh..bukan. hati saya biasa-biasa. Pada saya..hidup perlu tenang. Tapi jika situasi mendatang. Saya akan berfikiran seperti apa yang beliau fikirkan. Biar masa yang menentukan. Owhhhh..tak..itu tidak lari dari masalah. kerna masalah akan datang setiap masa…24/7.

18 comments:

Masy said...

mmg biase kta akan berada dlm situasi serba salah. terpulang sama ada nk elak atau hadapi.

klu elak, lain kali dia dtg lg. dan kalau hadapi pun tak tentu dia x dtg lg huhu

Anonymous said...

so masy..pusing mana2 pon kena jugak la kan?so terima ajela ekk?..:p

tasekM said...

minum saja racun tikus... errkk... tidak... tidak... :p

Brader Black said...

Segala permasalahan itu datang dariNya jua.

Maka kembalilah kepadaNya, nescaya akan ditunjukkan jalan bagi mereka yang mahu percaya dan yakin.

Anonymous said...

tm,
sian dia minum racun tikus...hahaha..ada yg lebih kejam dr tu tak?

kachak,
betul tu en kachak..apa2 pon kena balik asal...betul tak?

arsaili said...

salam..ini lah di namakan kehidupan..up n down..face it! cam ne puasa so far bro?

zino said...

hidup ni memang penuh cabaran..so setiap masa kita kena bersedia utk menanganinya..sama ada kita suka atau pun sebalik nya dia tetap akan datang..

Anonymous said...

arsaili,
hidup...mmg begitu..:)...puasa alhamdulillah..so far so good...kat sana mcm mana bro?

zino,
24/7..betul tak?hehehe

AL-BIMA SAKTI said...

banyakkan bermunajat kepadaNya...
insya_Allah selamat...

Anonymous said...

al-bima,
akan disampaikan..:)

Sya said...

Hidup siapa tanpa masalah ye? Masalah perlu dilihat sebagai cabaran dan anugerah dr Allah kerana kita bernafas. Tanpa masalah apa yg kita nak belajar dlm dunia ni? Kerana ada masalah maka kita belajar menyelesaikannnya.. banyakkan berdoa dan tawakal.. InsyaAllah jiwa tak kacau

Anonymous said...

Salam buat kadok dan blogger semua,

kalau dah kahwin, situasi serba salah ni makin byk terjadi. Kita kena peka dengan pilihan kita

Anonymous said...

kaksya,
sy rasa sabar dan tawakkal itu sgt penting...betul kata kaksya.

am,
ni masalah org bujang la am...hahaha

artsoul said...

segala masalah tk kira lah mcm mana pun,pasti ada solution..mgkn senang sy ckp,perlu bersabar..tapi itu lah yg slalu sy buat,setiap masalah yg sy hadapi,alhamdulilah sy dapat selesai kan nye walaupun tinggal kesan..apa2 pun live have to goes on

Anonymous said...

artsoul,
betul tu artsoul..semua masalah ada penyelesaian..harus dihadapi walau mcm mana pun....:)

Anonymous said...

ya btol pokcik,

biar masa menentukan. Nak layan masalah.. hmmm masak..!!

ladylikeme said...

jiwa kacau???

xtau nak komen apa...jiwa cek pun tgh kacau....

Anonymous said...

cippp,
masak?...cippp..hang dah buat keputusan ke belom? pasal tawaran tu?....:p

ladylikeme,
jiwa kacau kenapa?