Thursday, September 11, 2008

_ermmm_

Maafkan saya..dek kerana perasan sibuk. Saya telah mengabaikan blog saya buat sementara waktu. Ecehhh…mcm bagus…mcmla banyak orang dtg kat blog gue pong…hahaha. Terlalu banyak kerja-kerja yang terpaksa di-uruskan. Tentang kerja pejabat swasta boss saya, tentang rumah tangga, tentang keluarga dan banyak lagi tentang-tentang yang lain. Setiap hari saya akan sampai dirumah ketika kamu kamu kamu semua sedang elok duduk bersimpuh dihadapan juadah berbuka kamu..hahaha. Itu rutin saya kebelakangan ini. Banyak tugasan buat saya terasa ingin muntah ditambah jem-jem yang berserakkan diatas jalanraya. Heh!!

Sherry tidak lagi tinggal bersama kami. Dia sudah tinggal berjauhan dari kami. Semasa kami menghantar dia kerumah keluarga kekasih saya. Saya lihat ada sedikit air bergenang dikelopak mata kekasih saya. Sabar la sayang…itu cuma sementara waktu…bila keadaan sudah ok…kamu bole ambil dia kembali. Ermmmm…

Owhhh...saya ingin berkongsi sesuatu disini..disebabkan saya sekarang ini sibuk menguruskan pembelian sebuah rumah di sekitar Put*ra He*ghts…saya telah menghantar dokumen ke beberapa bank-bank di Negara saya yang tercinta ini. Setakat ini..sudah 2 bank telah mengesahkan saya layak menerima pinjaman yang saya pinta. Satu bank luar dan satu lagi bank kita kita inilah. Dan pada masa yang sama saya juga ada menghantar ke satu bank demi menjaga hati tuan peguam saya yang mengatakan produk islamik bank berkenaan sangat bagus. Saya menerima telefon dari pegawai bank berkenaan minggu yang sudah.

“Hello, En kadok ke? Ini F**a dari E** Bank” dia
“owhh..ok..” saya
“ini berkenaan permohonan En kadok atas pembelian sebuah rumah di no 49 bla bla blah la…” dia
“ok” saya
“Begini En kadok..kami dapati harga pasaran rumah berkenaan kurang dari harga pinjaman yang en kadok mahu. Harga yang kami tawarkan hanya rm3** 000 dan kami hanya boleh memberikan 85% dari nilai pinjaman berkenaan” dia
“owhh..ok” saya
“jadi bagaimana ye en kadok?” dia
“beginilah…saya pon tidak mahu pusing kepala..tapi satu yang saya tidak paham…kenapa pinjaman saya diterima oleh 2 bank yang lain? Dan saya mendapat jumlah pinjaman yang saya minta padahal saya pasti kamu punya prosedur yang sama. Kamu menilai pada rumah yang sama bukan? Mereka tidak ada rungutan tentang harga semasa rumah berkenaan. Malah, mereka turun padang untuk melihat kewujudan rumah tersebut dan menilai mengikut tafsiran mereka. Dan lagi, tawaran yang mereka bagi jauh lagi bagus. Kamu sebagai bank yang menawarkan produk bersifat islamik sepatutnya menjaga keperluan pengguna seperti saya. Ermmmm…tak apalah..kamu hanya menjalankan tugas…saya tolak tawaran kamu” saya
“Terima kasih en kadok” dia

Arghhhh…ada sedikit amarah didalam perbualan saya tempuh hari. Itu cuma sebahagian daripadanya. Bank berkenaan menawarkan produk bersifat islamik. Tiada BLR system..fixed rate katanya…bla bla bla..saya cuma sedikit hairan, kenapa produk bersifat islamik ini sangat menekan sifatnya…maaf..saya bukan juga secular..tapi..dari segi logiknya…ermmm..lupakanlah..saya sudah pon mengambil keputusan antara 2 bank berkenaan…haihhhhh..bersifat islamik juga..tapi saya tidak nampak islamiknya...kalau ada sesiapa yang mahir tu..enlighten me..:)

14 comments:

Anonymous said...

Aku mmg zero lagi bab pinjam-meminjam ni.

Maklum-lah, budak skolah lagik. Tau pinjam PTPTN je.

Bank ape yg kedengarannya sgt hampeh tu?

aNIe said...

Alhamdulillah...dah nak beli rumah dah...bestnya ada rumah sendiri...tapi bila bab pinjam meminjam ni yang tak larat betul...macam2 kerenah...

AL-BIMA SAKTI said...

pada pandangan aku yg jujur, apa-apa saja atas nama yg baik, selalunya ada yg ambil kesempatan yg tak baik, tp nak suruh orang nampak baik. maaf, kalu itu tak betul...

Anonymous said...

suparjo,
alah suparjo..bank tu dah bole agak dah bank apa...hahaha..aku pon pinjam ptptn..aku dipajak 15 tahun ooo...hahahah

kaklady,
betul tu kak lady...masa nak meminjam ni..mulut derang punya lah manis seme..selalunya kita yg meminjam ni yg mulut manis kan?hahhaa

Anonymous said...

al-bima,
aku agak kurang paham la al-bima..tp kalau kita nak buat benda baik ni..mcm2 benda kita akan nampak...hahaha

tasekM said...

islamic bank tiada faedah yg hidup. tapi diorg panggil keuntungan. tu yg jd fix rate tu, tp keuntungan yg mereka ambil ya amat tinggi. tu pasal la aku rasa diorg hanya boleh bg 85%.

konvensional, esok2 kalau kamu termiss bayar instalment interest akan hidup. akan bertambah2. islamic, kalau esok2 kamu termiss bayar instalment, tiada interest yang hidup tu. jumlah yg terhutang adalah jumlah instalment tu saja. tu pasal la depa ambil untung tinggi gila. caj pengurusan la.. hape la...

Anonymous said...

tm,
tapi kan sis...kalau islamik sepatutnya bersifar membantu...aku x nmpk ape yg membantu pon..menekan ada la...hahaha

Masy said...

sibbaik urusan pinjaman bank utk loan umah sy aritu abg sy yg uruskan huahahahahaha

klu sy yg wat, alamat mau laa kene tipu (tgk keadaan bila dorg approach haha)

tasekM said...

pstt... mmg tak membantu pun. cuma bebas riba. tu je...

yg aku nampak satu. andai kata ditakdirkan tuhan satu masa kita tak mampu nk bayar instalment. kita hilang kerja misalnya. sebulan tak bayar, 2 bulan, 3 bulan... masa tu... kalau kita pakai konvensional.... woooo... teruk nk bayar interest tak dak.

aku beli umah pun konvensional jugak. ada cara halal tanpa riba pun kita lebih suka nk pilih yg ada ribakan? aku... aku la... lemah iman.

Anonymous said...

masy,
haaaa..x tahan godaan ye cik masy ye..:p

tm,
tapi kan..kalau pusing2 sana sini mereka adalah sama..baik islamik atai conventional...aku pernah dengo....yg dinamakan betul2 islamik bank adalah al-radjhi (bkn promo) sbb dia buat islamik loan bila rumah tu benar2 wujud..maksudnya..rumah dah siap baru bole buat loan...kalau ikut aku yg cetek2 ni sikit...betul la tu sbb akad akan ada kalau barang ada...mcm org nak kawin...syarat sah nikah kalau ada suami atau isteri...so dalam kes rumah ni...mcm mana dikatakan islamik kalau akad ada tapi rumah takde lagi atau belom siap lagi? musykil gue...tp bg kes aku lain sbb subsale..rumah dah kat depan mata.huhuhuh..kalau ada lagi komen yg membantu lagi bagus..sama2 belajar maa...dok gitu?

zino said...

satu perkara yg berbeza dengan islamik bank ni.. setiap urusan ada akad nya.. itu pun penting..

Anonymous said...

zino,
noted bro..:)

Anonymous said...

saya setuju dgn zino.. akad je yg membezakan islamik n konvensional. lg satu seigt sy, islamik ni, depa dah kira siap2 interest, bunga, pokok, putik bagai.. msk semua sekali, sbb nak akad tu.

bila pokcik pinjam ptptn? utk apa? ms pokcik dah ada ke?

Anonymous said...

cippp,
masa aku belajo la aku pinjam...:)