Thursday, January 29, 2009

_3 dalam 1_

Owhhh…baru aku tau. Peribahasa “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” tu sebenarnya mmg betul lah. Kenapa? Haaaa…meh aku jawap. Kat kg aku kecoh pasal org buang anak kat masjid. Siap ada surah yassin dijasad bayi lelaki tu. Sungguh mulia hati pembunuh tu kan? Hahaha…Owhh..pada korang mmg la biasa dengo kot…tapi tidak bagi kg aku yang agak tenang dan agak alim2 orangnya Mana nak sangka benda mcm tu bole jadi kan? Keduanya, kampong kekasih aku kena serbu segerombolan polis dan wartawan. Alahhhh..kalau kamu tengok siri 999 kat satu tv swasta tu, ada disiarkan cerita orang sorokkan dadah jenis ketamin (maaf..aku tak tau apa ejaan yang tepat utk dadah jenis ni) dlm bungkusan garam kat satu stor di satu lot kedai. jaraknya dalam 1km aje dari rumah ibubapa kekasih aku. Bayangkan..aku ulang alik depan store tu tiap2 ujung minggu..sape sangka kan? Hehehe.

Ermmm..sedikit update untuk kekasih saya. Sekarang sudah masuk bulan ke-8 dan 3 hari (tak silap sayalah). Perot dah memboyot. Sana sini orang panggil mak buyong. Alhamdulillah setakat ini semuanya ok. Semoga begitulah hendaknya sampai dia melahirkan. Tarikh dijangka melahirkan insya-allah 23/3/09 (kalau 12/03 kan best..sama dgn tarikh lahir aku wooo…tp tak apelah asalkan sama bulan..bole sambut birthday sama-sama walaupon tahun yang sangat bertauhan…hahahaha). Banyak juga yang kami telah sediakan untuk menyambut orang baru. Nama? Nama kami belom pilih. Menurut kata Puan Doktor. Baby yang dikandung kekasih saya insya-allah perempuan. Apa kata saya? Saya cuma bersyukur. Yang penting kedua-duanya selamat kelak. Nama apa nak bubuh ehh?

Teringat kata-kata kekasih saya ketika kami sama-sama menuruni tangga dirumah no 10 tu.
“ Berat I sekarang ni dalam 57kg kot..berat 2 org lagi…tapi berat tu masih tidak boleh menandingi berat u seorang tu” kata dia sambil ketawa berdekah-dekah.
Sungguh kurang asam dia ni kan? haihhh..

Monday, January 19, 2009

_Hello_

Aku masuk di Kedai Mesra yg terletak disekitar tempat tinggal aku. Mau mengeluarkan wang sebetulnya. Kebetulan di hadapan aku sorang mamat cha ya nun alip (atau mungkin orang kita yang mirip cha ya nun alip..ahhh..aku peduli apa ko berbangsa apa). Dia terus pergi setelah selesai urusan di mesin Atm. Dia tertinggal kad. Aku menyapa.
“ Hello…u left your card”
Yela..niat dihati baik..taknakla kad ATM mamat tu disalahgunakan. Lepas aku sapa, Mamat tu pergi ke ATM semula dgn muka bodoh sambil buat urusan pengeluaran. Walaweh. “Halo geng”. Kalau setakat kad ATM ko tu. Aku tak heran. Tapi kenapala sombong sangat. Nak kata dia tak habis urusan dia kat ATM tu, apa jadahnya dia terus pergi. Aku bukan apa, Cuma..ermmm..pandai-pandai la berbudi. At least cakap “terima kasih” kaaa…”thanks” kaaa..atau paling tak pon senyum. Ini tak..senyum tak, apa pon tak. Bila aku keluar dari kedai Mesra tu, dia yang pada ketika tu nak pakai helmet dok usha-usha aku. Haihhhh..ini macam punya orang pon ada ke? Kalau aku tau la ko punya buruk perangai macam ni. Aku memang campak aje kad ko kat longkang tu. Biar ko kena bayar rm8 sebab ganti kad baru. Haihhhh…tu..ermmm..the other dark side of me la yg bagitau…hahahaha