Friday, December 31, 2010
_balik sana_
selama bercuti 23 hari ini, banyak sungguh aktiviti yang kami telah lalui..seronok dan banyak habis jugakkkk..hahahaha..akan diupdate pada entry-entry akan datang..:)
selamat menyahut tahun baru untuk teman-teman. semoga azam tahun 2010 sudah dilunaskan..apa azam tahun baru kalian?
Tuesday, December 7, 2010
_pulang_
Buat kekasih dan chenta hati saya. Nantikan kepulangan saya esok hari. Tiket sudah dibeli. Tidak ketemu kamu berdua hampir 3 bulan ini buat hati sungguh gundah gulana…saya tidak keruan ok!…:p
Turkmenbashy - Asghabat - Bangkok – KLIA
Banyak aktiviti liar sedang menunggu bila pulang nanti. Saya akan update di entry-entry akan datang. Insya Allah
Sunday, December 5, 2010
_tiap malam_
Lokasi: Bilik No 22
Masa: 1400
Ok. Mata masih lagi terbuka luas. Selalunya saya menghabiskan masa dengan menonton filem yang di-sedut dari teman-teman. Kami tidak menyokong piracy ok. Kami Cuma menyedut dari alam maya. Lepas satu pelem ke satu pelem. Tapi didalam HD saya ada lebih kurang 4++ filem yang saya belum tonton hasil sedutan dari bilik kebilik. Bunyinya agak liar bukan? Hahaha. Mahu makan tahun baru khatam. Itu sudah jadi rutin saya setiap hari disini sampai mata naik sengkak. Mahu keluar beriadah sangat susah, disini tiada apa-apa. Lagipun cuaca diluar mencecah 10 degree celcius. Sejuk woooo…
Buat teman-teman..ada sesiapa antara kalian tahu dimana saya bole menyedut pelem –pelem dalam HD format? Thanks ya!