Dia berubah…dari seorang pencuri dan penagih dadah menjadi salah seorang ahli tabligh. Sering ke markas mereka di Desa Petaling. Kami sangat bersyukur atas perubahan yang terjadi keatas dia. Syukur.
Pagi, petang dan malam akan ke Surau untuk menunaikan solat. Balik dari Surau akan mengaji. Kami sangat bersyukur.
Tapi 3 hari lepas. Semua lakonan dia terbongkar. Dia mencuri. Mencuri kamera, sport rim, handphone, duit dan ada juga benda-benda kecil yang lain. Saya hairan. Kenapa boleh jadi begitu. Kami tiada prasangka yang buruk terhadap dia sebelum ini. Maksud saya semasa dia bersama-sama kumpulan tabligh tersebut kerana kami sangka dia benar-benar sudah berubah.
Mengikut kata kekasih saya. Sedari awal dia tidak percaya padanya. Dari matanya melambangkan segalanya. Maaf ye. Saya tidak membuat judgement disini..itu mengikut pandangan kekasih saya. Saya berdiam diri. Sepi. Tidak mengiakan dan tidak juga menidakkan.
Dia hanya akan kesurau bila ayahnya ada dirumah. Dia hanya akan mengaji bila ayahnya ada dirumah. Dia akan rajin berbuat demikian bila ayahnya ada dirumah. Semuanya disebabkan ayahnya. Bukan disebabkan hatinya yang sudah terbuka itu. Itu menurut kekasih saya. Saya agak setuju dengan kata-kata dia. Owhhh..dia bukan budak kecik. Dia sudah berusia 29 tahun. haihh
Nota kaki:
Kadang kala..manusia memerlukan masa yang agak panjang untuk berubah dan sedar.
19 comments:
kengkadang umur je 29 bang kadok tapi pikiran cam 9 jer... apa ada pada umur. sudah terhantuk baru tergadah.. harap dia akan sedar.
takut ayah tu perlu... takut Allah tu lagi perlu...
semoga dia berubah...
hmmm... sebab tu la orang-orang yang benar-benar insaf dan ingin berubah dari tabiat lama i.e mencuri, hisap dadah ni susah orang nak percaya... sebab adanya orang-orang macam dia ni laa...
semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk benar-benar berubah...
sodep,
its about time rite?
tm,
aku setuju dgn hang tm...:)
sastri,
harap2 begitu la sastri..ayah dia dapat tau..terus sakit dada..kebetulan ayah dia ada sakit jantung...haihhh
dan ada sebahagian daripada kita yang mmg tak insaf insaf dan tak tahu makna insaf walau ajal dihujung ubun ubun.. kan..
kekadang geram gak tgk yang kat sri petaling tuh.. if makan kat kedai bawah pokok tepi simpang tu bukan reti nak bangun.. minum air 2 cawan tapi duduk 5 jam.. dah cikabang tak mau makan kat situ dah..
tiny,
manusia...ada mcm2..hehehe
amat menarik kisahnya...still ada hormat pada ayahkan...btw new reader...hehe
Itu kira berubahlah tu. Berubah modus operandi. Ha ha ha!
bash,
tp hormatnya salah tu bash...:p
bp,
kalau aku jumpa dia...aku rasa mcm nak debik2...bole?hahahah
Dia mengubah strategi tu...zaman membuatkan manusia berubah...heheheh
kak lady,
mengubah strategi tp bkn dgn cara yg baik kan?..:)
awak kawan die? cuba nasihati die..itu je lah yg termamp
salam perkenalan
susah nak tinggalkan benda yang dah jadi rutin.
artsoul,
saya bukan sesiapa untuk dia...salam perkenalan artsoul..:)
op,
kalau dah jd darah daging mmsg susah op..mcm rokok jugak..:p
Dia dah kene cHreT bom?
Klu blom, ko bagi la sedas dua , bang.
Brgkali dia akan betol2 berubah dalam erti kata yg sbenar lpas kene cHreT.
ha ha.
kachak,
aku x ske chrett org...hahahaha
hmmmmm apa lah yang kite dpt dengan menipu ni ek.. hati tak tenang hidup pon tiada keberkatan.. Allah jua yang Maha Mengetahui hati hambaNya
ayu,
orang2 mcm ni tak takut kat SANA tu...sbb tu hati dia keras..
Post a Comment