Sunday, July 27, 2008

_saya sangat bengang_

Saya sangat bengang. Cuba kamu kamu bayangkan. Saya memberi pinjam sejumlah wang kepada seorang teman. Dan pada masa yang sama dia memberikan telefon bimbitnya sebagai simpanan saya. Tetapi dalam masa yang sama juga dia meminta telefon bimbit kekasih saya kerana dia tiada telefon bimbit lain untuk diguna pakai. Jadi saya kata “pakailah telepon aku yang lagi satu tu…mmg nampak kokak..tapi masih boleh guna tu” kata aku. “aku nak guna untuk tangkap gambar kereta la kadok…untuk business...alahh..nanti aku pulangla duit ko dengan hp kekasih ko sekali” kata dia. Peristiwa itu berlaku sehari yang lalu.

Hari ini..tepat jam 1:34pm…saya terima telepon dari dia.
“kadok..aku ni…aku nak cakap sikit” dia
“yep..pedia?” aku
“sebelum tu aku nak mintak maaf kat ko banyak-banyak..aku dah hilangkan telefon kekasih ko..telefon dia tercicir..aku tak perasan..aku mintak map banyak2” dia
“habis tu mcm mana?” aku
“ermmm…aku pon dah buntu..susah2 ko amik la telepon aku tu…tapi jangan risau..aku tetap akan bayar duit ko tu..dont worry” dia
“kalau ko dah cakap mcm tu…aku ok je” aku
“ermmm..ko ada duit lebih lagi tak? Aku nak pinjam sikit lagi la..aku betul-betul terdesak” dia
“@$%*%$%#%$^^%#@$^^&%$$” aku

Arghhh…saya memang sangat bengang. saya rasa mau tumbuk orang.

27 comments:

Masy said...

encik kadok, sila jgn bagi dia pinjam ok. cukup2lah apa yg dah bg tu. nanti susah pulak nk dpulangkan.

huhuuhuhuh. susah nk ckp sebenarnye uhuhuh

kad0k. said...

masy,
ye..dah x bg pinjam pon..masih bengang.rasa mau tumbuk orang..hahahaa

dzul said...

Kadok, hati-hati..nak pinjam bukan main manis lg..tp nak pulang org selalu buat-buat lupa.
Aku rasa..situasi kau ni mgkin sbb dia kawan baik..

azzurri said...

there's a saying 'if you think ur life is hard, there's someone having a tougher life than you'

...if you think ur upset, there cud be someone at the other side of the world much more upset than you.....you will never know.

so cheer up

Ayu Mohamad said...

adehhhhhhhhhhhhhhhhh
aku pon geram kalo mcam nih iskkkkkkkkk

Anonymous said...

dzul,
nope..he's not good fren of mine..haiyya..too bad

ayu,
tau xpe ayu...gue ini lagi bengang...hahaha

Anonymous said...

azzuri,
i understand...thanks for that

Denanz ... said...

salam kadok. link dari blog dzulkarnain merenungpaya. saya link blog ni k?

tasekM said...

hati2 dik kadok. aku takut org mempergunakan kebaikan kamu.

aku syak tepon kekasih kamu itu sudah dipajakan pulak kepada org lain utk pinjam duit lagi...

kaki putar belit tu....

Marjerin said...

orang macam nih elok kena penyepak jer bro.

Brader Black said...

Wo!
Patotnye ko bwat syarat mcm along tu. Bru die x brani nak bwat hal ngan ko.

err, aku nasihatkan ko xyah la tumbuk orang, bang. Ko bg cHreT je dah lebih dri cukop.

Aku dah ajor step2 nak cHreT, kan?

Anonymous said...

denanz,
ye denanz, sila2 link..dtg la selalu..:)

tm,
aku juga fikir begitu..tq sis for the advise...:)

Anonymous said...

marjerin,
hahaha..sbb tu mau tumbuk..sepak x best bro...hahaha

kachak,
hahaha..aku x khatam lagi la kachak..ko ajo x abis..hahaha..:p

Lily Abdullah said...

Masa nak berhutang memang manis mulut,nak bayar alahai liat lagi.

Berhutang ni seronok, nak bayar aduii!

Dan sesetengah orang pula, berhutang ni adalah perkara paling akhir yang difikirkan bila sesak.

Mudah-mudahan dia bayar.AMIN

Anonymous said...

wl,
tu la pasal...sy berhutang dgn government smpi 15 tahun...tp utk tujuan belajar la..15 tahun..alahaiiiii..:p

arsaili said...

salam...ambik wuduk kurangkan marah....

Tokyo BLUE said...

hamboi... dia hingat ko ni hape? tempat kaunter pinjam hilang ka... arghhh aku tumpang marahhhhh

Anonymous said...

arsaili,
baru lepas bro..:)

tokyo blue,
nasib baik bkn buat style ceti haram tu..mau kena simbah cat merah kat rumah seme..hahaha..tu tanda protes..bkn tanda x bayo utang lagi..:p

Anonymous said...

pokcik.. mintak ler dia ganti hp kekasih tu.. sesuka hati bg hilang.. xde janggungjawab lgsg..!

apsal dia x guna hp dia je..? nape nak kena pinjam hp org? ntah2 dia dah jual hp kekasih mu itu..

duit..? jgn pokcik.. lps ni mesti dia mintak pinjam lg.. aku dah berpengalaman camni..! huh!

ladylikeme said...

huhu..hampes tul member lu tue

Anonymous said...

cippp,
hp dia jd gadaian kat aku..katanya la..la ni hp dia jd milik kekasih aku dah...tobat dah lps ni..no more...:)

ladylikeme,
mmg hampes kelempes...hahaha

Kaktiny said...

ko tunggu ler kucing mana bertanduk, baru ler kot dia nak pulangkan bro.. (chess.. tak baiknya aku bersyak wasangka.. dh dpt dosa kering petang2 nih.. aduhai..)

aNIe said...

Tumbuk aje kadok...geram plak dpt kawan kaki kelentong macam tu...

Anonymous said...

kaktiny,
x bayo kalu..dtg rumah dia la..kita bakar rumah dia...hahahaha

kak lady,
rasa nak buat tp tunggu masa je...:)

Anonymous said...

jangan tumbuk orang, tumbuk tanah ke, dinding ke heheh

Anonymous said...

ramainyer org komen...baru nak hantar komen...tp pasal dh ramai sgt org komen x pe lah...

=P

Anonymous said...

faizah,
x besh dok tumbuk tanah dgn dinding..xde feel..:p

am,
hahaha..alah..sepatah dua bole aje..:p