Wednesday, October 8, 2008

_Ibu sayang kamu_

Cuba bayangkan situasi begini.

  • Seorang perempuan tua menunggu panggilan dari anak-anak beliau seramai 4 orang di malam raya. Tapi haram anak-anak beliau tidak melakukan sedemikian.
  • Perempuan tua yang sama tidak dijemput atau diberitahu atas majlis pertunangan anak perempuan beliau sendiri.
  • Anak-anak perempuan tua tersebut tidak bertanya khabar langsung ketika beliau ketanah suci menunaikan umrah pada puasa ke-2 yang lalu.
  • Anak-anak perempuan tua tersebut menyalahkan beliau diatas perceraian beliau dan suami beliau.
  • Anak lelaki perempuan tersebut tidak bertanya khabar langsung atau menyapa ketika beliau menjenguk cucu beliau dirumah anak lelakinya.

Arghhhh…apalah yang mereka cari. Itu ibu kamu. Walau besar mana silapnya, dia masih tetap ibu kamu. Kini si perempuan tua menumpang kasih bersama anak-anak saudara beliau. Beliau tinggal berseorangan. Dia sudah kering air mata. Kering segala-galanya. Saya cuma mampu mendengar. Perasaan bercampur baur. Antara marah dan kasihan. Wahai si anak…kamu juga punya anak-anak. Moga anak-anak kalian tidak menjadi seperti kalian. Menderhaka kepada kamu. Sesungguhnya Syurga itu ditelapak kaki ibu. Itupun jika kamu tahu. Haihhh!

Nota:
Kamu bayangkan seorang imam muda punya kelakuan sedemikian. Memalukan. Heh!

27 comments:

alif-mikail said...

sIAPA ORANG ITU.. BIAR koi tunjal dahinya.. dan sekeh 19 ratus kali..

tasekM said...

ibu juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. maafkanlah dia. semoga Allah memaafkan kita pula.

moga kita bukan begitu ye dik kadok... :)

Abby ♥ said...

macam kisah pelakon tuh, nama gapo doh dio, tak ingat doh?

kad0k. said...

aliff,
aikk..sekeh 19 kali je?byk kali pon bole alifff...:p

tm,
mintak2 dijauhkan tm...:)

abby,
sape?

dzul said...

ada gak ke manusia gitu?..tp lagi elok dengar drpd anak2 dia pulak..

ape kes sebnar. kekadang org je yg memandai bawak mulut..jd fitnah pulak..

Anonymous said...

dzul,
maybe aku akan sambungkan ceita dia dilain entry...:)

Sya said...

Apa jua kesilapan ibu.. dia masih ibu walaupun dia pembunuh atau pelacur. Perceraian antara dua pasangan bukan silap satu orang saje.. dua2 pun silap .. kenapa diletakkan kesilapan pd seorang ibu.

Anak2 sepatutnya tidak masuk campur dlm hal ibu bapa..

Sampai hati membuat ibu begitu.. isk isk semuga mereka berubah ke arah kebaikan

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kenapa dilahirkan manusia sedemikian rupa..? oh... terharu...

mrsazi said...

bencinya dengan org yang begitu!!!

alif-mikail said...

koi akan karate tengkuk beliau dengan secara mutlak dan tanpa ragu-ragu lagi..

sambil nyuruk belang pintu..

Anonymous said...

kaksya,
harap2 dia berubah kaksya..kesian tgk mak dia

albima,
kata org..berat mata memandang..berat lg bahu memikul...:)

Anonymous said...

apple,
seharusnya...

alif,
kenapa nyorok pulak?..:p

Brader Black said...

Owh?

Imam?

Dah mulia sgt?

Bang, ko gi cHreT la imam tu.

Anonymous said...

suparjo,
kalau bole chret..aku dah chret dah muka dia..hahahahahaahahahahha

Khairi Mohd said...

ibu bapa yg jahil itu satu ujian oleh Allah. Bahkan, kod-kod genetik kurang IQ itu mungkin sedikit diwarisi oleh anak-anak.

Tanpa ajaran dan didikan yg berhikmah, kod-kod genetik itu sudah cukup mempengaruhi susur galur generasi seterusnya.

Ilmu mampu mengubah takdir manusia. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka.

Didiklah anak2 dengan ilmu.

Ilmi di dada anak-anak kita akan memaafkan kita walau sebesar mana pun kesalahan kita yg lampau.

Wahai anak2 yg berilmu, maafkan dan kasihi ibu anda, meskipun dosanya menyumpahnya menjadi seekor babi yg hitam legam.

pB said...

minta jauh kita jadi anak derhaka

Anonymous said...

khairi,
setuju dgn kamu en khairi..ehhh..selamat pengantin baru...:p

pb,
betul tu kak..mintak2 dijauhkan...

irman_rahs said...

jgn kan ibu yg jahat/jahil, yg baik pun kdg2 dibuat tak tentu juga..mcm drama Ihsan di tv3 time pose aritu...

blackpurple @ jowopinter said...

Memang tak taulah nak kata apa kalau ada anak yang macam itu. Kita doakan sajalah semoga anak itu cepat-cepat sedar dan bertaubat.

Anonymous said...

irman,
betul tu bro..

bp,
sama2lah doakan dia..yg tak tahan tgk tu anak lelaki dia..seorang imam..haihhh

zino said...

kenapa ada manusia bersikap bagitu.. kesian dia..

kalau kita menyalahkan apa yg telah berlaku.. seolah olah kita menyalahkan takdir dan ketentuan Allah..

dan kita di anggap telah derhaka kepadaNya..

biskutrajin said...

mmg memalukan...hempok kat batu je anak2 2...emo2...

Anonymous said...

zino,
apa2 pon kena redha en zino...

biskut rajin,
pergh..ganas tu..:p

Anonymous said...

anak2 yg cerdik pandai zaman skrg..! kenapa hanya salahkan ibu? nape x salahkan bapak yg x pandai jd ketua keluarga tu?

jgn disakiti hati ibu. sekali hati ibu terluka.. dosa besar anak2 tanggung. karang nak mati pon susah..! tgk cerekarama ihsan lakonan zamarul hisyam sebagai pengajaran.

harap2 sgt jgn lah si ibu itu mendoakan balasan yg setimpal.

p/s 1: pokcik.. aku bila masuk bab ibu ni.. aku sensitip byk

p/s 2: en. khairi dah naik pelamin ke? x tau pon..!

Anonymous said...

cippp,
sayang aku tak tgk cerita tu..haihhhh..aku setuju dgn ko cippp..dlm kes ni...mmg pak dia yg salah...mls aku nak ceritakan..cukup sekadar jadikan pengajaran.

p.s:
khairi kawin aku tak tau..cuma kwn2yg bg tau...hehehehe

Anonymous said...

Pokcik,

aku rs ko ptt bukak bt entry psl c bapak pulak.. Aku nak sgt tau betapa tinggi nya ego lelaki itu.. huh!

Anonymous said...

cippp,
will do..ada masa nnti aku buat..insya-allah..hehehe