Wednesday, July 29, 2009

_asap_

Petang yang hening. Tiba-tiba asap berkepol-kepol didalam rumah. Ape kejadahnya la jiran disebelah sana membakar semak samun di hadapan rumah. Si tuan rumah tidak berkata apa, lalu dia menelefon si pembakar semak tersebut. Cuma sebaris ayat..”kenapa?” Tanya si tuan rumah. Jawapan dia hanya ringkas..”ada ular”..seringkas itu. Namun perkara bodoh-bodoh seperti itu bisa mengusutkan silaturrahim yang terjalin sebelum ini walaupun si tuan rumah terpaksa bermuka-muka dengan kurang ajar si pembakar semak.

Selang beberapa jam kemudian, si pembakar semak datang kerumah. Kebetulan tuan rumah kesurau. Dia lalu pulang dengan hampa. Dia datang lagi selepas itu. Meracau. Menarik baju tuan rumah tanpa rasa bersalah. Dia kata..”aku akan keluar dari tanah LOT ini jika aku tak dapat tumbangkan kau”..itu kata dia tapi parang ditangan tidak juga menusuk. Biasalah..ada kalanya manusia tu hanya berkata-kata. tong kosong. Dalam masa yang sama jiran-jiran sekeliling datang menerpa. Meleraikan.
Ke-esokkanya dia datang kerumah sekali lagi. Meminta ampun disebabkan dia hilang pertimbangan disamping desakan isterinya supaya datang meminta maaf. Saya juga hairan, semak dihadapan rumah..tapi kenapa pula dia yang gusar? Semak itu tidak seberapa. Tidak sebegitu teruk yang kamu, kamu dan kamu bayangkan. Selama tinggal disitu, tuan rumah tidak menghadapi apa-apa. Terjumpa cik ular pun tidak pernah walau sekali. Minta dijauhkan simpang juga. Tapi hakikatnya itulah.
Saya banyak membuat andaian, mungkin dia “mentally disorder”.


Ahad yang lalu, ada majlis di rumah jiran sebelah. Kebetulan tuan rumah dan pembakar semak juga dijemput hadir. Ramai jiran-jiran sekeliling juga dijemput. Si pembakar semak punya suara yang kuat didalam majlis tersebut. berseloroh dengan tuan rumah seakan tiada apa yang terjadi sebelum ini. Si tuan rumah dan tetamu lain hanya memandang, ada juga yang mencebik. Biarlah.
Hendak sahaja saya berkata..”hei brader…lain kali kalau nak buat sesuatu..pikir elok-elok..kamu fikir..meminta maaf sebegitu bole membuatkan tuan rumah lupa dalam sekelip mata? Ada otak tu fikir-fikirla..jangan meracau tak tentu hala!”..itu kata hati saya la..manusia memang macam-macam. Ini satu macam diantaranya.

Nota:
Kenapa saya peduli? Owhhh..didalam asap kepol-kepol tu ada Arissa. Bila tuan rumah mencium Arissa. Arissa berbau asap. Tuan rumah tidak memikirkan habuk-habuk hitam berterbangan akibat pembakaran itu. Apa yang dia hanya fikirkan hanyalah kesihatan Arissa and that tuan rumah happened to be her “Grandfather”…..wasallam

19 comments:

afdni said...

d best word to describe..
~tragis~

Dearie Pearls said...

Mornin Bro..
kekadang kita bertindak bukan kehendak hati tetapi kerana ada sesuatu yg memaksa..

nway Bro, mujur Bro jenis yg cool...
Mesti baby Bro dh semakin comel kan...?

kad0k. said...

afdni,
tu la...:(

LOL,
kadang2 kita terpaksa..bertindak mengikut perasaan..masa tu sy xde ditempat kejadian..tengah kerja..balik aje menjenguk anak..derang dah cerita pasal kejadian siang hari td...arissa doing fine..baru baik dari demam...nanti sy post gambo dia yg 5 bulan..siap ada tindik lagi..hahaha

pB said...

sorryy


kak pB slow pagi nie...
so , still tak faham cerita nie


kuang kuang kuang

kad0k. said...

pb,
alamak kak..penat sy type tau..:p

Masy said...

nyaris2 tak paham td.

rasa nk marah la pulak bila baca ni. sejak2 sy berani maki pakcik yg mengaku polis sbb dia marah mak sy dulu, sy x takot dah nk marah sape2 je org tua yg kuang ajau. tp tgk keadaan gaklah eh.

kene byk istighfar, klu tak nanti famili malu. hehehe

arsaili said...

salam..ler kenapa jadi begitu....entah kekadang manusia suka bertindak mengikut hati..bukan mengikut fikiran yg rasional....
Biarla apa org nak buat...just berbaik2 aje....buat baik kepada org jahat secara tidak langsung akan menyebab dia sedar akan kesalahan diri....kalau bermusuh nanti takut menjadi2 plak..ada org ni sanggup mengunakan ilmu hitam utk puaskan hati yg jahat itu..Nauzubillah

Sya said...

Manusia ni kan kalau membuat sesuatu ikut suka dia lah.. sian wife si pembakar semak mesti malu ngan jiran2

tasekM said...

siap main tarik2 baju tu... haih...



.

kad0k. said...

masy,
garangnya masy ni..huhuhu

arsaili,
bertindak tanpa akal bro..camtu la jadinya..hows life bro?

kad0k. said...

kaksya,
derang mmg jarang bergaul kak...

tasik,
nasik baik parang tak menusuk tm..nauzubillah

Khairi Mohd said...

ular dlm semak, semak kena bakar kesian semak.

org semacam itu ada masalah teknikal pada logistik elektrik di antara sel-sel saraf dia.

Aku rasa sebiji penumbuk mampu buat dia kenal dunia.

LINA said...

Baru menjenguk ni..

Err..macam tak bape paham je cite..

~ nasib bukan saye sorang x paham..keh2

MatBURN said...

kehkehekhe...

aku pun kurang paham incik kadok..

2 kali pusing aku baca dah ni :P

Kay said...

sabar2
(^_^)

p_kadok said...

khairi,
aku pon rasa mcm tu..:p

lina,
ayat sy tu mcm ayat novel ke smpi x paham..:p

p_kadok said...

matburn,
adehhh..ni lg sorang...hahahaha

kay,
tgh sabar ni kak..

zafi said...

kadang2 bertindak tidak memikirkan org lain ni payah... hmmmm sadis!

kad0k. said...

zafi,
and at the end..menyesal sendiri..:)