Thursday, November 27, 2008

_empat tahun la_

Empat tahun...ye.Empat tahun. kami masih bertatih. Perjalanan masih jauh.
Doakan kebahagiaan kami. Amin

Nota:
Tu gambo masa muda-muda...skrg dah tua dah. konpem bini aku marah gambo expose lg kat tenet. amponnnn ye yang...hahahaha

Friday, November 21, 2008

_15_

Entri ini bagi menjawab tag dari kak Lily..kenapa 15? Ntah…aku pon tak tahu…tp..sungguh..aku kena peram entry ni selama 15 hari semata2 nak bg tau korang 15 benda pasal aku…hahaha

Pertama,
Aku anak sulung dari 4 adik beradik dan semuanya jejaka-jejaka handsome belaka. Hahaha.

Kedua,
Disebabkan masa kecik-kecik nakai sgt…aku pernah jatuh pokok kelapa disebabkan aksi stunt yang ala ala superman tu…hahhh!!! amik ko telapak tangan berjahit 7.

Ketiga,
Aku lahir pada bulan tiga. Ibu kekasih aku pun lahir pada bulan yang sama. Dan, insya-allah. Jika segalanya selamat (doakan ya). Kadok junior pun akan lahir pada bulan tiga juga. heeee

Keempat,
Disebabkan perangai yang buruk inilah…aku akan selalu dengar ayat ni dari kekasih aku…”uuuu..kan ke cawan dgn pinggan tu dah basuh…kenapa u basuh lagi?”…haaaaa..aku punya perangai buruk ini. Mmg dah tak boleh buat apa..walaupun cawan atau pinggan yang akan aku gunakan sudah dibasuh. Aku tetap akan basuh buat kedua kalinya. Kenapa? Entah. Aku pon tak tau. Burukkan?….

Kelima,
Kekasih aku lahir bulan lima. Dia berkongsi bulan lahir dengan bapak aku.

Keenam,
Masa aku belajo dan kerja…aku sudah kehilangan 2 bijik moto. Selepas dari kejadian tu..aku tanam dalam diri. Mungkin aku takde rezeki nak punya motor yang kekal kot sbg harta peribadi. Sebab tu jugak aku beli ferrarri ni..aku tau..mmg mahal…tp tu aje yang aku mampu…ngeeee

Ketujuh,
Akibat dari insiden perkara “kedua” tu, aku tak naik kelas sekolah agama. (nota: budak-budak sekolah kat johor wajib attend kelas ni..normally lepas sekolah kebangsaan)..Hampeh. Panjat lagi pokok kelapa. Padan muka! Duduklah dalam 2 kelas yang sama selama 2 tahun. Malu weiiiiii…

Kelapan,
Aku pernah eksiden dgn jeep. Teruk jugak. Sampai sekarang benda tu mak pak aku tak tau. Bukan apa…kalau aku bagi tau. Sure dia risau anak teruna kacak dia yang sorang ni…wahahahaha

Kesembilan,
Korang pernah buat tak ikut bapak korang kerja kelapa diusia 8 tahun. Maksud aku, malam-malam ikut bapak ketempat kerja sambil diserang nyamuk. Masa tu aku baru kematian mak. Jadi disebabkan takut sbb masa tu umur baru 8 thn, aku ikut dia ketempat kerja dia. Dari situ sentiasa belajar..apa itu susah…haihhh..

Kesepuluh,
Aku pernah kerja membelah buah koko untuk dijual. Maksud aku mengambil upah. Masa tu umur aku baru aje mencecah 11 tahun. Dah pandai cari duit sendiri. Hidup susah beb. Bukan mcm budak-budak sekarang. Main order je. Main cakap aje. Alih-alih benda tu seme dah ada depan mata. Ajaib kan?

Kesebelas,
Lepas makan sure aku carik sabun untuk basuh tangan. Sebab aku tak suka tangan berbau. Ada orang tu tak kisah. Tapi aku sangat lah kisah. Siap bole pegang-pegang muka..pegang-pegang rambut..ermmm

Keduabelas,
Aku tak makan kacang boncis, petola, terung, petai dan jering. Busuk!!!

Ketigabelas,
Aku adalah pak long dan pakcik yang sangat disayangi dikalangan anak-anak buah mahupun anak sedara. Hahaha…:p

Keempatbelas,
Aku sangat addicted dgn minyak cap kapak…aku ada bekalan minyak kapak di ruang tamu dan bilik dirumah, didalam kereta mahupun di workstation tempat aku bekerja sekarang ini…hahaha

Kelimabelas,
Aku kehilangan ibu pada ketika berusia 8 thn, adik kedua aku ketika tu berumur 5 thn dan ketiga berumur 4 thn….:)..ooo..adik yg sorang tu (skrg 15 thn) dgn mak baru…best wooo mak baru ni..pandai masak asam pedas…blurppppppp…hahaha

Nota:
Kalian. Jika kalian berhati mulia. Bole tolong aku tak? Permasalahan dia begini. Aku rasa serabut la nama-nama blogger kat side page aku tu memanjang. So, mcm mana aku nak buat kalau aku nak buat dia jenis yang bole scroll-scroll tu? Hehehe. Sekian terima kasih. Ye ye…aku buta IT…hahaha

Monday, November 10, 2008

_nak kena carut?_

Aku terima 2 panggilan telefon baru-baru ini. Seorang dari Hamba Allah dari Indonesia yang menawarkan wang sejumlah rm9000 kerana aku ni dikira tersangat bertuah.

“Wei..you bloody scum bag…ko fikir senang-senang aku nak bagi ko no account aku ye? Ko ingat aku tak tau tipu muslihat ko?”

Hahaha..rilek-rilek..aku tak akan carut dia semacam itu. Itu Cuma fantasi aku aje…:p

jadi kawan-kawan..harap berhati-hati. Dia akan memperkenalkan diri sebagai tuan Haji…aku tak boleh recall Tuan Haji apa. But do extra careful dgn sindiket mcm ni. Ni no telefon yang akan appears di skrin telefon canggih korang semua…+6287842853346. hehehe

Panggilan kedua datang dari seorang perempuan….memperkenalkan diri dari sebuah syarikat di TTDI…berhampiran dengan office aku. Intro ok-ok aje. Alasan dia telefon kerna dia kata mahu aku datang untuk witness installation of one of their product. Tapi bila aku refuse, dia dengan tiba-tiba terus hang up. Aku rasa nak carut aje kat pempuan ni la…haihhhh

Nota:
Minggu ni aku seorang. Kekasih balik ke Klang…so kalau sesape nak ajak aku meronggeng tu cakap la awal-awal yeeeee…hahahaha

Thursday, November 6, 2008

_hey_

Hey..kamu yang menaiki kereta putih berbelang petak biru kuning. Kamu suka menyaman orang bukan? Lagi-lagi yang tidak bertali pinggang keledar kan? Aku boleh bilang dengan jari atau barangkali tiada langsung orang-orang yang menaiki kereta seperti kamu yang memakai talipinggang keledar. Kamu sesungguhnya sangat hampehhh…haihhh

Monday, November 3, 2008

_datuk dan nenek_



saya dan kekasih saya sudah menjadi datuk dan nenek...hahahaha...4 ekor semuanya. 2 putih, 1 kelabu dan 1 bertompok. comel kan? hah sherry!!!...kamu sudah dapat apa kamu mahukan kan? puas? tapi anak-anak kamu sangat comel. kadok dan kekasih mintak maap ye kerna kesemua anak-anak kamu sudah ditempah kecuali si tompok itu. hehehe