Thursday, June 26, 2008
Tuesday, June 24, 2008
_Aqiqah_
Saya sampai dirumah jam 10.00pm ahad yang lalu. Kepala pusing dari hari jumaat membawa ke hari ini. Ditambah dengan daging kambing yang enak itu. Arghhhh…yang penting sedap..pening-pening lalat belakang kira. Mungkin pusing-pusing ini juga akibat stress dan tidur yang tidak teratur. Ermmmm..
Cerita seorang pakcik ketika di majlis aqiqah yang saya hadiri ahad lalu. Daging kambing cuma panas…cumanya, kita orang-orang melayu ini sudah membenamkan didalam kepala kita, makan daging kambing pasti pening kepala atau yg tepat sekali “tekanan darah tinggi”. Saya setuju dengan pendapat pakcik itu. Saya juga sudah benamkan didalam kepala saya. Makan daging kambing dan lembu buat tekanan darah naik. Heh!
Saya banyak menerima update dari ibu saya ketika saya balik ke kampung baru-baru ini…seorang teman…diserang angin ahmar..lumpuh sebelah badan. Saya simpati. Dia masih muda. Pertengahan 30an. Belum berkahwin. Kadang kala saya terfikir. Jika sudah begitu jadinya..bagaimana? tidak punya isteri dan anak. Ibu juga sudah tua…arghhhh…mainan fikiran saya agaknya. Tuhan lebih mengerti. Mengapa kita perlu mempertikaikan segalanya. Dia maha mengetahui.
Owhhh…majlis aqiqah yang saya hadiri sangat meriah..almaklumla..cucu ketiga bagi pakcik saya ini…ditambah lagi darah melayu dan Perancis. Comel. Pipi gebu. Kulit kemerahan seperti bapanya. Abang-abangnya pun punya rupa yang sama. Jika dilihat. Pasti tidak kelihatan melayunya. Sikit tidak mirip ibunya. Mengingat kata makcik-makcik di majlis itu…”kekasih kad0k! baby putih seperti kamu…kalau orang tengok...pasti mereka berkata dia benar-benar anak kamu”…alahaiiii
Nota kaki:
Owhhh..seorang teman baru melangsungkan perkahwinannya jumaat yg lalu..semoga selamat semuanya..semoga menjadi seorang suami yg soleh…harungi perkahwinan dengan penuh keikhlasan. Itu kunci untuk segalanya. maaf..saya tidak boleh menghadiri majlis kamu di Pahang itu…jika dirumah kamu..Insya-Allah

Wednesday, June 18, 2008
_Tut tut...tut tut_
Trut trut…trut trut…trut trut…
“Assalamualaikum..ayah kat mana?” aku
“Ni..kat Rengit ni..tgh mkn dgn mak kamu..dah mkn?” dia
“dahh..baru je lepas makan sat tadi..sehat semua?” aku
“Sehat…ehhh..bila nak balik kg?” dia
“Tak tau lah yah…tengok dulu mcm mana” aku
“Aik..ni seme pasal minyak naik ke? Ke dah tak nak balik dah?” dia
“Ermmm..tak jugak..agak-agak kalau balik bole claim minyak kat ayah tak?”aku
“Bertuah punya anak…pok pek pok pek pok pek…” dia membebel
Aku hanya mampu ketawa...kadang kala aku menyamar jadi agen insuran la…takpon jadi orang-orang bank atau orang-orang gomen…gabra jugak dia..tp itulah kami..mungkin itu yg buat kami erat..bukan aku sahaja..adik aku yg di Melaka itu juga selalu membuat perkara yang sama…jangan risau Ayah…kadok dan kekasih kadok akan pulang hujung minggu ini...tak sabar makan ikan merah masak asam pedas mak…hehehe

Monday, June 16, 2008
_Merah Jambu_
Dulu rm80 untuk “full tank”..semalam pulak rm120 untuk “full tank”..arghhh..ehhh..tak..saya tidak tukar kereta….saya masih memandu kereta Ferrari hitam saya itu lagi..heh!
Kami baru pulang dari menghabiskan wang semalam..mana lagi kalau tidak tempat kesukaan kekasih saya..dijalan TAR…alasannya persediaan awal bagi menghadapi hari lebaran yang tinggal 4 bulan lagi..dan alasan dia lagi..kalau kita lambat beli..orang tidak mahu menerima tempahan jahitan baju-baju kami..kami memakai baju merah sedondon tahun ini…tahun lepas pula hijau pucuk pisang sedondon…alahaiiii
Tapi saya agak pelik kenapa kekasih saya sangat obsess dengan warna merah jambu..dari baju biasa-biasa hinggalah ke baju kurung…kain-kain ela yang dibeli untuk ibu saya, ibu kekasih saya, makcik-makcik saya kesemuanya punya rona yang sama..merah jambu…mungkin memang begitu kot.
Nota kaki:
Habis menghabiskan wang..kami makan di restoren ins*f..memesan nasi beriani Kambing untuk 2 orang..kami dikenakan rm62.10..perghhhh..memang saya ins*f…

Friday, June 13, 2008
_selamat hari bapa_
Selamat hari "bapa" ayah...dari kami, ibu, kadok, madey, arel dan iwan. Terima kasih atas segala-galanya. Tiada kata yang dapat kami gambarkan sebagai tanda segala pemberian ayah selama ini. Sungguh! Buat mereka-mereka yang sudah bergelar bapa..selamat hari "bapa" untuk kalian.
nota kaki:
saya masih belum mengisi minyak semenjak minggu yg sudah. bukan berkira tapi lebih berhati-hati. minyak mahal weiii...owhhh..jangan terkejut..saya tau..hari bapa jatuh pada hari ahad ini..cuma saya mau lebih "advance" dari kamu kamu kamu semua...:p
nota kaki lagi:
Ada sebuah kereta Peugeot 407 untuk dijual. Tahun 2006. accident free. harga rm117k (nego). yg berminat sila bg tau aku..:)

Friday, June 6, 2008
_nasi ayam_
Saya makan luar mlm tadi…ehhh..silap..saya makan malam diluar mlm tadi…ngeeee…di Gazebo seksyen 27 shah alam. Saya memesan Tomyam, Telur Dadar, Nasi Putih, 2 Nasi goreng USA, 1 Milo Ais, Teh O Suam dan Limau Ais. Semua berharga RM16.20. Pada malam sebelum nya..saya memesan makanan yang agak sama dengan tambahan Sup Ekor tapi dengan harga RM25…huhhh…jangan harap saya datang lagi ke kedai kamu...ermmm
Owhhh…teringat saya ketika berada diKota Singa…saya dan kekasih saya makan di Chicken Rice Shop..restoren nasi ayam yang banyak di Malaysia ni…kami berdua memesan makanan yang selalu kami pesan di Malaysia…makan makan makan…pok pek pok pek..makan makan makan dan pok pek pok pek lagi..bila melihat bil yang kami terima..semuanya bernilai SG$26.00 yang bermakna SG$26.00 x 2.35 = rm61.10…naik terbeliak biji mata saya melihatnya dan menggeletar tangan saya ketika ingin membayar…tapi tidak mengapa…semua itu company saya yang tanggung..kalau mengharap saya membelanjakan wang sebanyak itu untuk 2 pinggan nasi ayam…saya mungkin berfikir 10 ke 20 kali...saya bole dapat 6 pinggan nasi ayam dinegara saya u know...hahahaha
Nota Kaki:
Ini hanya satu entry “0”..owhhh..saya berjaya memenuhkan tangki minyak saya kelmarin walaupun saya terpaksa beratur panjang…cukup untuk seminggu kot.

Sunday, June 1, 2008
_Nama Saya Sherry_
Subscribe to:
Posts (Atom)