Saya bertemu seorang teman lama di Restoren Syed seksyen 3 Shah Alam malam tadi. Sudah hampir 2 tahun kami tidak ketemu. Banyak sungguh perubahan keatas kamu. Saya tumpang gembira. Berbicara dari soal keluarga sampai la ke soal-soal kehidupan. Sedang kami sibuk-sibuk bercerita, datang pula 2 orang hamba Allah ini. Betul-betul bersebelahan kami. Seorang berkopiah dan seorang lagi bercelana pendek. Pada mulanya kami fikir mereka hanya berbual-bual kosong. Tapi lama kelamaan suasana menjadi tegang…hingga muncul isteri si kopiah meleraikan pertikaman lidah mereka berdua. Arghhhh…kakak ini potong stim sahaja. Lama sudah saya tidak melihat pergaduhan secara “live” dihadapan mata. Selama ini hanya berpeluang menyaksikan dikaca TV. Arghhh..rugi benar saya. Ermmmm…
Jadi banyak spekulasi yang timbul antara saya dan teman saya. Tapi dari caranya…mungkin satu dendam. Tidak mungkin mereka berebut-rebut kerusi meja yang sememangnya tidak cukup pada malam ini…J
Si Celana Pendek : Oiiii…Orang Indon..datang Negara orang…jangan buat hal.
Si kopiah : Aku bukan dari Indon..aku dari Indonesia…*%$#@#$%$
Si Celana Pendek : Kalau ko tak puas hati…marilah
Si Kopiah : %^%$#!@#@$^*& (memaki hamun si celana pendek)
Si Celana Pendek : Wei..kau tak akan lepas…aku akan bunuh kau…kau ingat..kau tu ada anak bini…
Si Kopiah : Kalau kau berani..kau datang dekat sini lah..kita settle sini…
Si Celana Pendek : Pakai kopiah..ada janggut…macam kambing….
Mendengar ayat terakhir dari si celana pendek…aku tertawa sendiri…Arghhhhh…ternyata kamu berdua sama sahaja…dua-dua pon keanakkan..bergaduh dikhalayak ramai…waktu itu semua biji-biji mata menjeling ke kamu kamu berdua…kamu berdua benar-benar keanakkan…jika ada masalah besar..bukan kah lebih baik diselesaikan dengan perbincangan secara dewasa..bukan dengan memaki hamun seperti ini…haaaaa..kan dah kena bod*h dengan saya…kamu kamu berdua sama sahaja seperti anak-anak kecil…nasib baik ada isteri si kopiah meleraikan..kalau tidak..pasti saya menyaksikan pergaduhan kamu berdua..dan saya pasti menjadi sakti dibalai polis disebabkan kebod*han kamu berdua..heh
Nota kaki:
Mereka berumur lingkungan 40an..tapi masih berperangai keanak-anakkan..lihat sahaja cara mereka menyelesaikan permasalahan..seperti anak-anak bukan?
Saturday, May 31, 2008
Wednesday, May 28, 2008
_SeLaMat Hari LahiR_
Salam,
Hari ini hari lahir kekasih saya. Hari lahir yg ke 20an tahun. Saya harap awak suka pemberian saya itu. Tidak seberapa. Saya tidak mampu membelikan awak cincin berlian sebesar telur puyuh yang awak minta. saya hanya mampu memberikan apa yang awak terima hari ini. Saya tau awak suka..dan saya kira itu yang paling penting.
“Selamat hari lahir awak…semoga menjadi kekasih, anak dan hamba tuhan yang paling diberkati”

Tuesday, May 27, 2008
_Malam Itu_
Secara terlihat siaran langsung satu konsert akhir satu rancangan reality disatu TV swasta tempoh hari. Kalau tidak silap saya, malam ahad yang lalu. Ada 5 peserta kesemuanya. Pada pendapatan saya, dalam lima-lima peserta itu, hanya ada 3 peserta yang berbakat sebagai penyanyi..yang lain..ermmm..ada juga bakat tapi kurang. Itu merupakan antara episod yg saya kira bole dibilang dgn jari yang saya tonton. Bukan sombong, tapi kadang-kadang saya merasa meluat dgn penghantar-penghantar SMS yang mengundi. Saya melihat sebagai seorang pendengar yang biasa-biasa. Bukan sebagai pengkritik atau yang sangat mahir dalam bidang ini. Saya mendengar sebagai orang-orang biasa yang bole dipertikai “judgement”nya. Terus terang saya suka Nadia dan Stacy…bagi Stacy..kemenangan ini memang selayaknya utk kamu..tapi bagi Nadia..tempat kamu bukan disitu…sungguh. Tanya sahaja orang-orang sekeliling kamu..pasti dia punya pemikiran yg sama dengan saya sebagai pendengar yang biasa-biasa ini. Tapi itulah..kata orang..memang sudah rezeki kamu disitu…
Saya teringat kata-kata sepupu saya ketika kami mengadap peti TV di kampung tempoh hari. Ketika mengadap konsert itu setepatnya. Dan ketika keputusan tempat ke-3 diumumkan…
Dia : Ya Allah…kenapalah dia ni bole dapat tempat ke-3? Kenapa bukan Nadia?
Aku : Dah rezeki dia…dia kan ada rupa (mengikut kata-kata chatter kata sepupu saya sebelum ini)…pasti ramai awek-awek kat luar sana yang bermati2an mengundi dia.
Dia : Yela…undi tu undi jugak…kena tengok mcm mana.
Aku : Ehhh..dia ok apa..ada rupa sikit..suara pon se-elok rupanya kot?
Dia : Ahhh…Angsa…bla bla bla
Ayat-ayat diatas saya tiada apa untuk di katakan…mungkin dia benar sebab dia mengikuti perkembangan rancangan reality TV ini sedari awal. Tapi saya percaya..itu sudah rezeki stacy, nadia, ritz, toi dan nubhan. hehehe

Thursday, May 22, 2008
_Konsisten_
Ada 3 situasi yang berbeza.
Situasi 1
Aku : Hi baky*h…lama tak jumpa…tadi abg telepon..nape tak angkat? Ingat nak ajak keluar…kan kita dah lama tak jumpa..bole makan-makan..borak-borak..bla bla bla
Dia : Wahhhh..abg apasal berisi?
Soalan aku tidak dijawab sama sekali oleh tuan punya badan..lain cerita pula yang timbul…arghhh
Situasi 2
Dia : Assalamualaikum kadok!!!
Aku : Wslm….haaa..masuk-masuk.
Dia : Ehhh..apasal ko nampak berisi ekk?
Adehhh…belum masuk rumah benda ni jugak yang kau suarakan…ampes betul la
Situasi 3
Di satu pusat membeli belah di Johor.
Dia : Abg pakai size apa ye?
Aku : Owhhh..bagi saya size 32 (jawab aku dengan yakin sekali).
Kemudian..dia dtg dengan membawa seluar hitam bersize 32
Dia : Ok…yang ni size 32..abg bole try kat sana…kat “fitting room” tu.
Kata dia sambil tersenyum.
Aku : Ok
5 minit kemudian.
Aku : Dik…ermmm..bg size 33…ada?
Dia : Ada…(sambil senyum)
Saya tidak pasti apa maksud senyuman si gadis manis seorang ini…tapi yg pasti,..senyumannya manis sekali…hahaha
Saya rasa saya perlu melakukan sesuatu…saya sudah membeli apa-apa yang perlu untuk tidak kelihatan seperti sekarang ini berkurun yang lalu…Cuma perlaksanaan sahaja yang kurang..silap saya juga..tidak mengambil berat tentang ini. Saya perlu ada azam. Azam yang konsisten. Ya..konsisten..tapi konsisten inilah yang selalu menggagalkan segala-galanya…arghhhh

Wednesday, May 21, 2008
.: Hasad dan Dengki :.
Ingat lagi nota kaki saya yang lalu? Berkenaan SMS seorang teman ketika saya berada di Kota Singa. Dia baru sahaja menelepon saya siang tadi. Panjang dia bercerita. Hamper sejam kami berbicara. Apa yang boleh saya simpulkan. Mungkin itu tabii manusia. Penuh hasad dan dengki. Menabur pasir diperiuk nasi orang lain saya kira langkah yang sangat tidak bagus. Apa lagi sesame kita. Tapi itulah hakikatnya. Teman, semoga tabah melalui liku-liku ini. Ini ujian dari Dia. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Nota Kaki:
Jika kamu-kamu perasan masa yang terpapar ketika posting ini disiarkan. Ya, saya masih belum tidur pada jam itu. Saya rasa sangat panas. Sangat panas.
Nota Kaki:
Jika kamu-kamu perasan masa yang terpapar ketika posting ini disiarkan. Ya, saya masih belum tidur pada jam itu. Saya rasa sangat panas. Sangat panas.
Friday, May 16, 2008
_Enti Yang Terlewat_
Sudah hampir seminggu hari ibu sudah berlalu...saya tidak berasa ghairah menyambutnya. al-maklumlah..saya tiada ibu. sudah 25 tahun dia pergi. yang tinggal hanya memori-memori yang singkat itu. Maaf..ini hanya satu entri yang sengaja dilewatkan. jangan fikir saya tiada ingatan untuk itu. cuma saya rasa sangat sedih untuk mengingatinya. Tapi saya ada pengganti. ibu baru saya dan ibu kekasih saya. Selamat hari ibu untuk kamu berdua.
nota kaki:
saya rasa sungguh gembira kerana kembali ke negara saya. sungguh! (mcm la jauh sangat pergi...cuma diseberang tambak sahaja..cetttt...hahaha)
nota kaki:
saya rasa sungguh gembira kerana kembali ke negara saya. sungguh! (mcm la jauh sangat pergi...cuma diseberang tambak sahaja..cetttt...hahaha)
Wednesday, May 14, 2008
~Kota Singa~
Pagi di KL, Petang di Johor Bahru dan malam pula di Kota Singa. Saya ada kursus disini selama seminggu. Arghhh..tensi sungguh. Agak kepenatan sebenarnya kerana belum pon habis lelah di Indonesia, sikalang sudah ada di Kota Singa ini. Saya tidak kemana kerana baru berada 2 hari disini. Mungkin akan berjalan-jalan disekitar Kota Singa. Al maklumlah..sudah berada disini. jadi perlu mengambil kesempatan. Ye saya “Opportunist” orangnya. Hehehe. Kalau tiada apa aral melintang, hari sabtu pulanglah saya ke Johor dan Ahad ke KL.
Teringat kata-kata si pemandu teksi ketika ke tempat kursus di SWA.
Si pemandu : Saya pernah ke KL.
Si pencerita : Bagaimana pendapatan kamu tentang KL.
Si pemandu : Owhhh, bagus..cuma saya tidak faham. Kenapa pemandu-pemandu teksi di KL sering kali menekan harga kepada penumpangnya.
Si pencerita : Bagaimana kamu tahu?
Si pemandu : Sebab saya pernah kena dan mereka-mereka berbicara.
Si pencerita : Bagaimana pula system disini.
Si pemandu : Wahhhh..disini jangan main-main…kalau kita menekan penumpang. Pasti lesen akan ditarik dan undang-undang sangat lah ketat.
Si pencerita : Owhh..begitu. Mungkin itu yang membezakan Kota Singa dan Negara saya.
Semua kata-kata diatas diterjemahkan oleh pencerita. Almaklumlah..semenjak berada di Kota Singa ini, sangat jarang si pencerita berbahasa ibunda. Seperti berada di kota London pula lagaknya…hahaha
Nota:
Msg dari seorang teman…”I ada kisah menyayat hati…tapi lain kali lah kita cerita..tunggu u balik dari Kota Singa”. Buat kawan saya..semoga semuanya baik-baik belaka.
Nota lagi:
Saya rasa saya sudah ketemu penawar gelisah saya. Terima kasih teman atas tunjuk ajar itu. Dan terima kasih jugak atas nasihat itu. Saya amat berterima kasih sekali.

Friday, May 9, 2008
_Gelisah_
Sudah 2 minggu saya ada perasaan ini
Saya tiada punca yang pasti
Makan saya tidak lalu
Tidur saya tidak lena
Tidak tahu apa yang saya fikirkan
Saya tidak keruan
Tapi saya pasti
Saya memang gelisah
Sungguh gelisah
Aduhhhh
Saya tiada punca yang pasti
Makan saya tidak lalu
Tidur saya tidak lena
Tidak tahu apa yang saya fikirkan
Saya tidak keruan
Tapi saya pasti
Saya memang gelisah
Sungguh gelisah
Aduhhhh
Wednesday, May 7, 2008
::BaU TaNaH::
“Mas..mau cari apa?” kata seorang pelayan disebuah toko (kedai)
“Saya cari kamu!!!” jawab aku selamba
“A’hhh…mas bercanda” jawab dia malu-malu
Maaf..babak itu hanya berakhir disitu…tiada pertukaran no hp atau seumpamanya dilakukan…tapi dia manis, cantik dan baik...sayang bagi gadis secantik dia hanya pelayan di toko2 disana.
Owhhh..aku baru pulang dari Indonesia selama seminggu. Banyak perkara/benda yang aku timba. Tentang kehidupan masyarakat disini. Perjalanan semingggu tanpa hala tuju yang pasti. Dari Bandar ke ceruk kampong. Hanya untuk melihat kehidupan masyarakat. Tapi aku puas..kerana dapat belajar tentang erti kehidupan. Sungguh benar kata orang, walau seindah mana negara orang. Negara sendiri jugak pasti dikenang.
Nota kaki:
Teringat aku kata seorang tua…”Orang muda tak perlu memakai minyak wangi segala kerana mereka masih muda…apa-apa pon melekat dibadannya akan kelihatan cantik dan rapi..tapi bagi kami yang sudah tua ini…kami perlu sentiasa bersih dan wangi kerana badan kami sudah berbau tanah..jadi kami perlu sentiasa mandi dan kelihatan sentiasa kemas”…arghhh..sungguh tajam berbisa kata2 itu

Subscribe to:
Posts (Atom)